Xiaomi telah mengumumkan kemaskini MIUI 12.5 pada pelancaran Mi 11 di China pada Disember tahun lalu. Lanjutan itu, perincian mengenai kemaskini tersebut turut diumumkan bersempena pelancaran Mi 11 peringkat global.

Kemaskini terbaru berkenaan akan diluncurkan ke telefon pengguna secara berperingkat.

Beberapa penambahbaikan dari segi kefungsian dan rupa visual telah dimuatkan ke dalam kemaskini MIUI 12.5. Antaranya termasuklah lebih banyak gerakan responsif, kawalan papan klip, dan pengurusan kebenaran yang lebih baik.MIUI 12.5 SystemUI Rewrite

Xiaomi turut mengetengahkan antaramuka versi terkini ini lebih ringan pada sumber sistem dan kurang menggunakan kuaa.

Peluncuran Xiaomi MIUI 12.5

Xiaomi MIUI 12.5 1st RolloutKemaskini antara muka (UI) ini akan diluncurkan secara dua peringkat dengan peringkat pertama bermula pada suku kedua 2021. Berikut adalah peranti yang bakal menerima kemaskini UI tersebut:

  • Mi 10T
  • Mi 10T Pro
  • Mi 10
  • Mi 10 Pro
  • Mi 11

Xiaomi MIUI 12.5 2nd RolloutKelompok kedua yang bakal menerima kemaskini UI ini pada lewat suku kedua 2021 yang turut merangkumi peranti Redmi. Ini adalah senarainya:

  • Mi 10 Lite 5G
  • Mi 10T Lite
  • Mi Note 10 Pro
  • Mi Note 10
  • Mi Note 10 Lite
  • Redmi Note 9T
  • Redmi Note 9 Pro
  • Redmi Note 9S
  • Redmi Note 9
  • Redmi Note 8 Pro
  • Redmi 9

Dijangkakan lebih banyak lagi peranti Xiaomi yang akan disenaraikan menerima kemaskini ini, termasuk peranti yang lebih lama sebaik ianya mula diluncurkan.

Tinggalkan komentar