Utama Mobile Aplikasi Microsoft Word akan perkenalkan ciri Autosave Dokumen Baharu ke ‘Cloud’

Microsoft Word akan perkenalkan ciri Autosave Dokumen Baharu ke ‘Cloud’

75
0

Microsoft akan memperkenalkan ciri yang membolehkan dokumen-dokumen Word baharu disimpan (save) secara automatik ke awanan (cloud). Secara lalai (by default) ia akan disimpan ke dalam Microsoft OneDrive, namun pengguna boleh memilih mana-mana destinasi storan awanan masing-masing.

Fungsi baharu ini bertujuan memudahkan pengguna menyimpan dokumen secara automatik tanpa perlu bimbang kehilangannya di dalam storan fizikal peranti masing-masing. Selain itu ia juga memudahkan untuk diakses di mana-mana sahaja lokasi yang mempunyai akses internet.

Bagaimanapun, kaedah pelaksanaannya memerlukan langkah tambahan bagi pengguna yang ingin menyimpan di dalam storan setempat. Kaedah simpanan baharu ini menetapkan simpanan secara automatik terus ke awanan tanpa menyalinnya ke storan setempat di dalam peranti pengguna.

Pun begitu, fungsi ini dapat memudahkan pengguna-pengguna perusahaan yang mempunyai infrastruktur sokongan yang lengkap, atau kepada pengguna yang kurang mahir teknologi maklumat.

Microsoft sedang menguji fungsi baharu ini menerusi program Microsoft 365 Insiders untuk pengguna Windows yang menggunakan Version 2509 (Build 19221.20000). Berdasarkan respon pengguna di dalam hantaran blognya, tidak dapat dipastikan sama ada ciri ini akan diperkenalkan kepada semua pengguna atau tidak.

 

Tinggalkan komentar