Microsoft sebagaimana kebiasaannya akan menerbitkan kemaskini Patch Tuesday pada setiap Selasa minggu kedua setiap bulan untuk pengguna-pengguna Windows 10. Antara kemaskini yang ditawarkan adalah KB4540673.
Melalui kemaskini ini, binaan sistem operasi (OS build) Windows 10 akan menjadi Build 18362.719 (Windows 10 May 2019 Update/1903) dan Build 18363.719 (Windows 10 November 2019 Update/1909). Beberapa penambahbaikan turut disediakan melalui kemaskini ini, antaranya:
- Pembaharuan untuk meningkatkan keselamatan penggunaan Microsoft Edge dan Internet Explorer.
- Pembaharuan untuk pengesahan nama pengguna dan kata laluan
- Pembaharuan untuk meningkatkan tahap keselamatan penggunaan peranti luaran seperti alat kawalan permainan, pencetak dan webcam
Khusus untuk Windows 10 1903, beberapa peningkatan dan penambahbaikan turut disediakan. Antaranya:
- Addresses an issue that prevents certain users from upgrading the OS because of corrupted third-party assemblies.
- Security updates to Windows App Platform and Frameworks, Windows Media, Windows Silicon Platform, Microsoft Edge, Internet Explorer, Windows Fundamentals, Windows Authentication, Windows Peripherals, Windows Update Stack, and Windows Server.
Masalah yang diketahui (known issues)
Beberapa masalah kadangkala boleh timbul pada mana-mana kemaskini. Setakat ini Microsoft ada memaklumkan penggunaan containers Windows Server selepas kemaskini 10 Mac 2020 mungkin boleh menyebabkan isu dengan aplikasi dan proses 32-bit. Log perubahan kemaskini boleh didapati melalui laman sokongan Microsoft.
Untuk melakukan kemaskini ini, anda boleh melakukannya dengan pergi ke Settings > Update & Security > Windows Update dan klik pada Check For Updates.
Sumber berita diperoleh dari Microsoft













