Aplikasi Microsoft Universal Windows Platform (UWP) mungkin tidak membawakan perubahan yang diharapkan untuk ekosistem Windows 10. Namun, hakikat bahawa UWP telah menyumbang kepada pertumbuhan Microsoft Store terutamanya pada judul-judul permainan untuk Xbox One tidak kita nafikan.
API-API UWP selama ini telah membolehkankan pemaju membuat aplikasi dan permainan yang boleh digunakan pada Windows 10 dan Xbox One. Microsoft menyatakan bahawa pihaknya kini akhirnya merancang menambah sokongan untuk program Win32 ke gedung aplikasi Windows, sebagai usaha meningkatkan bilangan pegguna yang mengguna platform PC
Microsoft turut mengesahkan bahawa permainan aplikasi Win32 kini akan disokong di dalam Microsoft Store pada Windows. Seterusnya, membolehkan pengguna memuat turun dan memasang aplikasi permainan yang diinginkan dari Store terus ke PC masing-masing. Malah, para pembangun juga dapat menjangkau khalayak mereka dengan lebih mudah.
Microsoft kini sedang mempersiapkan rancangan untuk meningkatkan permainan komputer di dalam Windows 10 dan sedia menerima maklum balas pengguna. Info lanjut mengenai tawaran dan permainan terbaru untuk PC dijangka bakal diumumkan dengan lebih terperinci bersempenan sidang Xbox E3 2019 tahunan yang berlangsung pada 9 Jun ini.
Sumber berita diperoleh dari MSPowerUser