Ketua Pegawai Produk Microsoft, Encik Panos Panay hari ini telah mendedahkan kelak Windows 11 akan membawakan Snipping Tool yang telah dikemaskinikan.

Snipping Tool merupakan alatan bermanfaat di dalam Windows yang membantu pengguna membuat tangkapan layar dan membuat penandaan berdasarkannya.

Dalam pada masa yang sama, alatan Snip & Sketch di dalam Windows 10 juga akan
dikemaskini bagi menyesuaikannya dengan tema Windows 11.

Cara menggunakan Snipping Tool untuk mengambil screenshot Windows

Anda boleh mengambil tangkapan layar (screenshot) PC Windows menggunakan Snipping Tool seperti berikut:

  • Tekan butang Start, taipkan ‘snipping tool‘, dan buka pautan dari hasil carian berkenaan.
  • Untuk mengambil tangkapan layar (screenshot), tekan pada New. Anda juga boleh memilih jenis ‘snip’ yang anda inginkan dengan pergi pada Mode. Dari sini anda boleh memilih bahagian yang anda ingin sahaja sama ada dalam bentuk segi empat (rectangular snips) atau gaya bebas (free-form).
  • Tekan Save atau Copy pada bahagian atas untuk menyimpan atau menyalinnya ke clipboard Windows anda.

Tinggalkan komentar