Microsoft telah melakukan perkara yang mengejutkan ramai pihak apabila baru-baru ini telah menyertai Linux Foundation sebagai ahli platinum terbaru. Selama ini, cara urus tadbir perniagaan Microsoft amat bertentangan dengan apa yang ditawarkan oleh Linux. Malah, bekas CEO Microsoft, Steve Ballmer sendiri pernah menggelarkan projek sumber terbuka adalah “seperti kanser”.

Itu dulu punya cerita la kan. Sekarang, Microsoft di bawah bos baru Satya Nadella, secara terbuka menyokong pembangunan membabitkan sumber terbuka. Lagipun, syarikat berpangkalan di Redmond ini telah menjadi salah satu penyumbang utama di GitHub sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Microsoft turut mengutamakan maklum balas dan penyelesaian secara berkelompok dari komuniti-komuniti pengguna Microsoft – sesuatu yang jangan harap untuk berlaku pada dekad 90’an dan millennium.

“By becoming a Linux Foundation Platinum member, Microsoft is better able to collaborate with the open source community to deliver transformative mobile and cloud experiences to more people,” ujar Jim Zemlin, Pengarah Eksekutif Linux Foundation. “Microsoft has been a key contributor to many projects, and we see the company intensifying its involvement and commitment to open development.”

Selain itu, Microsoft turut mengalu-alukan kehadiran Google di dalam Kumpulan Pemandu Teknikal .NET Foundation (.NET Foundation’s Technical Steering Group). Selama ini Google sememangnya akan menjauhkan diri dari terlibat dengan kerangka kerja (framework) .NET kerana memberikan tumpuan pada Java untuk membangunkan platform Android. Bagaimanapun, Google dilihat telah mengakui bahawa .NET turut sama penting dalam pembangunan sistem-sistem moden.

Perkembangan ini adalah satu perkara yang amat bagus demi mengurangkan kemaslahatan di antara platform-platform yang selama ini dibina dengan rangka kerja yang berlainan antara satu sama lain. Dalam dunia yang tanpa sempadan ini, kita tiada cara lain selain dari meraikan perbezaan dan mengurangkan pergeseran demi kesejahteraan ummah.

Sumber berita diperoleh dari Microsoft

 

1 komen

Tinggalkan komentar