Bermula dengan Windows 10 2004, Microsoft telah mula menukarkan keperluan perkakasan minimum yang diperlukan. Perubahan ini hanya tertakluk kepada PC keluaran OEM yang terbaru sahaja.

Berdasarkan dokumentasinya, Microsoft tidak lagi menyediakan salinan media Windows 10 32-bit.  Buat masa ini Microsoft masih lagi membenarkan penggunanya membeli Windows 10 32-bit menerusi pengedar dan boleh terus mendapatkan kemaskininya seperti biasa.

Pemilik-pemilik PC 32-bit juga sepatutnya boleh menggunakan peranti masing-masing selagi tidak rosak.

Berikut adalah petikan dari dokumentasi tersebut:

“Beginning with Windows 10, version 2004, all new Windows 10 systems will be required to use 64-bit builds and Microsoft will no longer release 32-bit builds for OEM distribution. This does not impact 32-bit customer systems that are manufactured with earlier versions of Windows 10; Microsoft remains committed to providing feature and security updates on these devices, including continued 32-bit media availability in non-OEM channels to support various upgrade installation scenarios.”

Perkembangan ini dilihat sebagai langkah awal ke arah menjadikan Windows 10 sebagai produk khusus 64-bit sahaja.

Microsoft dijangka bakal mula meluncurkan kemaskini May 2020, Windows 10 2004 pada 28 Mei ini.

Tinggalkan komentar