Utama Microsoft Microsoft ‘paksa’ pengguna gantikan Aplikasi Mail and Calendar dengan Outlook baharu

Microsoft ‘paksa’ pengguna gantikan Aplikasi Mail and Calendar dengan Outlook baharu

459
0

Microsoft baru-baru ini telah mengumumkan pengguna sistem operasi Windows 11 kini diwajibkan untuk menggunakan aplikasi Outlook yang dikemaskini bagi menggantikan aplikasi Mail and Calendar.

Buat masa ini Mail and Calendar masih lagi boleh diakses. Bagaimanapun, sistem operasi dari Microsoft berkenaan akan menggesa pengguna untuk membuka Outlook. Fasa pertama perubahan ini telah pun dimulakan dengan fasa akhirnya dijangka dilaksanakan pada suku ketiga 2024.

Menurut Windows Latest, Microsoft sedang ansur-ansur beralih ke versi baharu. Versi Win32 Classic akan terus disokong untuk pelanggan-pelanggan perusahaan, walaupun aplikasi Mail and Clanedar akan dialih keluar penghujung 2024.

“Sokongan untuk Windows Mail, Calendar, dan People akan ditamatkan pada 2024. Oleh yang demikian jika anda tidak mahu menggunakan Outlook baharu untuk Windows selepas mencubanya, anda perlu berpindah ke aplikasi lain menjelang hujung 2024. Maklumat lanjut berkenaan tarikh terperinci penamatan sokongan akan disediakan berdasarkan Polisi Moden untuk kitaran hayat produk,” ujar Microsoft.

Rentetan dari kemaskini tersebut, jika anda cuba untuk melumpuhkan togol Outlook baharu, anda akan melihat mesej pop-up yang mengesahkan pilihan anda akan diubah semula. Migrasi secara ‘paksaan’ ini hanya terdapat pada aplikasi ‘Mail and Calendar’.

Microsoft turut mengesahkan Outlook untuk pengguna komesil akan dilancarkan pada 1 Ogos 2024. Bagaimanapun, pengguna tidak dialihkan ke aplikasi baharu secara automatik kerana versi klasik akan terus dikekalkan.

Tinggalkan komentar