Microsoft mengumumkan Microsoft Office versi abadinya (perpetual) untuk pengguna komersil awal hari ini. Microsoft Office 2021 akan dilancarkan kepada pengguna pada 5 Oktober 2021.
Bagi Microsoft Office Long Term Servicing Channel (LTSC) untuk Windows dan Mac ia boleh didapati untuk pengguna komersil dan agensi kerajaan hari ini. Hal ini kerana Office versi ini tidak memerlukan langganan.
Office LTSC direka untuk perusahaan dalam industri yang dikawalselia di mana proses dan permohonan tidak berubah secara kerap. Ia juga untuk kilang pengeluaran yang mahukan Office versi locked-in time.
Versi ini juga tidak didatangkan dengan fungsi kecerdasan buatan awanan seperti yang ditawarkan pada Microsoft 365 dan kefungsian terkini.
Microsoft akan memberikan sokongan untuk Office LTSC untuk lima tahun. Malah, tiurut menyatakan kesediaan untuk menghasilkan Office versi abadi (perpetual) di masa hadapan.
Office 2021 versi abadi untuk pengguna biasa akan dilancarkan dengan kaedah yang sama iaitu ditawarkan secara locked-in time. Berikut adalah ciri-ciri baharu yang ditawarkan pada Office LTSC dan Office 2021:
- Line Focus – mirip dengan reading mode bagi meningkatkan tumpuan pengguna ketika membaca perkataan antara baris-baris di dalam Word
- Fungsi XLOOKUP – membantu mencari sesuatu di dalam jadual atau julat mengikut baris di dalam Excel
- Sokongan Dynamic array – Fungsi baharu di dalam Excel yang menggunakan dynamic arrays.
- Dark mode – Kesemua aplikasi di suite Micrpsoft Office kini menyokong mod gelap (dark mode)
![]()
Microsoft bagaimanapun masih lagi menggalakkan penggunaan Microsoft 365 untuk perusahaan dan pengguna biasa. Buat masa ini terdapat 300 juta pengguna komersil Office 365.
Dalam pada masa yang sama, Microsoft turut mengumumkan kenaikan harga bagi perkhidmatan Microsoft 365 dan Office 365 berkuatkuasa Mac 2022.
Microsoft buat masa ini masih lagi mengumumkan harga rasmi bagi Office 2021 dan dimaklumkan ia akan diumumkan pada 5 Oktober ini. Tarikh yang sama juga merupakan tarikh pelancaran rasmi Windows 11.













