Utama Teknologi Awanan Microsoft kunci pintu bangunan Ibu Pejabat; Kakitangan masuk Pejabat Presiden bantah kerjasama...

Microsoft kunci pintu bangunan Ibu Pejabat; Kakitangan masuk Pejabat Presiden bantah kerjasama dengan Israel

111
0
Imej dari No Azure for Apartheid

Microsoft telah menutup sementara salah sebuah bangunan di ibu pejabatnya selepas kumpulan penunjuk perasaan anti-Israel memasuki pejabat presiden syarikat berkenaan. Kumpulan penunjuk perasaan tersebut terdiri daripada kakitangan dan bekas kakitangan Microsoft.

Protes yang dilakukan secara duduk dan bantah di dalam pejabat Presiden Microsoft Brad Smith di Building 34 tersebut mendesak syarikat teknologi berkenaan menamatkan segala kerjasama dengan kerajaan Israel. Sejak dari minggu lepas, kumpulan peserta bantahan telah menduduki dataran di sekitar ibu pejabat Microsoft.

Tindakan para peserta membantah kezaliman ini turut disiarkan secara langsung menerusi perkhidmatan penstriman kandungan Twitch. Sejumlah peserta turut melaungkan, “Brad Smith kau tak boleh menyorok, kau menyokong genosid ini!” Turut direntangkan pada kain sepanduk, “Mahkamah Rakyat saman Bradford Lee Smith atas dakwaan Jenayah Terhadap Kemanusiaan.”

Menurut The Verge, protes ini didukung oleh kumpulan No Azure for Apartheid yang turut disokong oleh kakitangan dan bekas kakitangan Microsoft. Ia berikutan laporan dari The Guardian yang mendapati Microsoft menyediakan perkhidmatan awanan untuk kerajaan Israel bagi menyimpan rekod panggilan dan data telekomunikasi rakyat Palestin.

Tinggalkan komentar