Apabila Microsoft menerbitkan pratonton Insider pertama Windows 11 awal hari ini, keadaan mengelirukan yang menyelubungi sistem operasi ini dilihat kian sukar difahami.

Bagi versi pratonton Insider Windows 11 ini, anda tidak memerlukan CPU tertentu atau cip TPM 2.0 untuk membolehkan sistem operasi ini dipasangkan. Menerusi hantaran baharu di dalam blog rasminya, Microsoft telah menjelaskan ianya dilakukan bagi memberikan gambaran yang lebih jelas sistem apa yang boleh mengoperasikan Windows 11 kelak.

“Windows 11 is designed and built as a complete set of experiences, unlocking the full power of the PC our customers have come to rely on, including in areas like security, reliability, compatibility, video conferencing, multitasking, playing, creating, building, learning and more.

We need a minimum system requirement that enables us to adapt software and hardware to keep pace with people’s expectations, needs and harness the true value and power of the PC to deliver the best experiences, now and in the future,”

Microsoft menyatakan pihaknya yakin dengan keupayaan PC dengan pemprosesan Intel Generasi Ke-8 dan AMD Zen 2 untuk menepati piawaian keselamatan, kebolehpercayaan dan ketersesuaian yang telah ditetapkan dengan Windows 11.

Pihak syarikat juga merancang untuk mengikuti rapat kepada mana-mana pengguna yang menguji Windows 11 pada CPU Intel Generasi Ke-7 dan AMD Zen 1 bagi melihat sama ada model-model tertentu mencapai piawaiannya.

Ketika Windows 11 diumumkan secara rasminya pada minggu lepas, antara keperluan sistem minima yang telah ditetapkan terhadapnya adalah diwajibkan mempunyai TPM 2.0.

Tinggalkan komentar