Sejak dari berita tentang kehilangan flight MH370 ni muncul di timeline Facebook, aku tak berapa ambik port sangat. Aku syak mungkin ada error biasa-biasa je yang mungkin tak jadi tajuk berita utama. Lagipun, aku tak pernah kerja jadi pilot. Mana la aku tau sebab kenapa tetiba flight tu hilang.
Mungkin ia sudah ditakdirkan sebagai tragedi. Mana-mana kenderaan kat dunia ni, semuanya berisiko untuk berlaku kemalangan. Hatta bawa kereta sorong pun boleh kemalangan. Macam aku dulu pernah sekali bawak batu-bata terlajak sampai tayar depan tersangkut kat longkang.
MH370 Mysteries
Kalau baca kat wall Facebook, member-member yang tak pernah naik flight pun sibuk keluarkan teori macam-macam. Mengalahkan pilot yang pernah bawak kapal terbang 18,000 jam. Parking Kancil waktu ujian JPJ pun langgar tiang.
Aku memang malas nak ambik port sebab tak nak serabut kepala dengan benda yang aku tak tau ni. Hal-hal macam bomoh tu memang terpaksa ambik port sebab lawak dia memang rare. Punyalah rare sampai segala rancangan lawak yang ada kat Astro Warna tu pun belum tentu boleh ‘beat‘ lawak-lawak yang Raja Bomoh VVVVIP tu buat.
Tapi, bila kehilangan pesawat MH370 ni yang pada awalnya dikesan di Laut China Selatan dan berita semalam beritahu jumpa di Lautan Hindi. Jauh sangat kalau dah ke Lautan Hindi tu. Benda-benda misteri macam ni lah yang buatkan aku terpaksa ambil tahu ni.

23 KOMEN

  1. buat masa ni, aku akan ignore dulu kat timeline. baca pun dari sumber terpilih je. bukan sebab tak peduli, tapi sebab ada banyak sangat teori, pendapat dan kesewelan yang tak patut boleh keluar.

  2. pada ika masih lagi misteri kerana kotak hitam belum ditemui…selagi kotak tersebut belum ditemui, kita takkan tahu apa yang sebenarnya berlaku pada MH370…semoga dipermudahkan pencarian kita supaya dapat merungkai misteri ini…

  3. memang menimbulkan perlbagai persoalan….
    tapi, apa yg boleh kita lakukan..terus mendoakan semoga usaha mencari peninggalan mereka ditemui..terutama black box yg tentunya dapat merungkai pelbagai misteri…. moga keluarga mereka yg terlibat tabah menerima… :'(

  4. 1) mh370 ni memang misteri. even pm cakap ended kat kat hindi ocean pun, masih jugak misteri.
    2) entry ni kelakar. saya gelak bila membaca part kereta sorong, kawan yg tak pernah naik flight pun kuar teori mcm2 mengalahkan pilot berpengalaman, parking kete kancil fail dan lawak bomoh tu.

    hahahahaha…

    p/s : done follow sini. #203.

  5. yg plg ptg cari sampai jumpa mh370 kerana itu yg kita mahukan . pastu barulah kita ungkai cerita kotak hitam … klu x jumpa , barulah misteri . Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yg DIA takdirkan .

  6. Tragedi yang kekal misteri selagi tiada sebab yang konkrit, jelas dan terbukti! Selagi itu jugalah pelbagai teori dan spekulasi akan timbul. Takkanlah melencong jauh tanpa dikesan hingga sampai ke Lautan Hindi…misteri…memang misteri!

  7. Kt tv skrng pun dh tulis tragedi dah..
    ntah la hanya Allah shj yg tahu kemana MH370, di mana, kenapa.. byk betul persoalan..
    Semoga Allah memberi kesabaran kepada kita semua dalam menempuh ujian ini..

Tinggalkan komentar