Xiaomi pada bulan lepas telah mengumumkan akan membawakan Mesin Basuh Pengering Muatan Hadapan 2-dalam-1 Mijia 10.5kg ke pasaran Malaysia. Kini peralatan kelengkapan rumah ini secara rasminya telah memasuki ke pasaran tempatan dan turut menawarkan diskaun pembeli terawal.
Untuk waktu yang terhad, mesin basuh pintar yang berharga RM2,299 ini ditawarkan pada harga promosi terawal RM1,499 sahaja. Boleh didapati bermula dari 7 Ogos 2025, anda boleh mendapatkannya di laman web rasmi Xiaomi Malaysia, di Lazada dan juga secara fizikal di kedai-kedai Xiaomi rasmi terpilih berikut:
- Xiaomi Store The Exchange TRX
- Xiaomi Store IPC Shopping Centre
- Xiaomi Authorized Store The Mines
- Xiaomi Authorized Store IOI Mall Puchong
- Xiaomi Authorized Store Setapak Central
- Xiaomi Authorized Store Pavilion KL
- Xiaomi Authorized Store AEON Mall Bukit Tinggi
- Xiaomi Authorized Store Setia City Mall
- Xiaomi Authorized Store Central i-City
- Xiaomi Authorized Store KB Mall
- Xiaomi Authorized Store Ipoh Parade
- Xiaomi Authorized Store AEON Mall Station 18
- Xiaomi Authorized Store Sunshine Mall
Di Shopee pula ia akan mula disenaraikan pada 14 Ogos ini.
Pembelian di Semenanjung Malaysia turut disediakan bersama-smaa perkhidmatan penghantaran dan pemasangan. Mesin basuh ini juga didatangkan dengan waranti dua tahun dan waranti motor selama 12 tahun.
Spesifikasi Mesin Basuh Pengering Muatan Hadapan 2-dalam-1 Mijia 10.5kg
Berukuran 570mm panjang, 598mm lebar, dan 850mm tinggi, dengan berat keseluruhan 62kg, Mesin Basuh Pengering Muatan Hadapan 2-dalam-1 Mijia ,mampu menampung kapasiti basuhan 10.5kg dan mengering 7kg.
Ia dilengkapkan dengan dram berdiameter 525mm, dan mempunyai 32 program boleh diubahsuai termasuk kitaran Basuhan Pantas dan Mengering 59 minit. Menurut Xiaomi, mesin basuh ini mampu menghapuskan 99.99% bakteria dan 100% kutu habuk.
Kawalan mesin basuh bersambungan internet ini boleh dilaksanakan menerusi panel sentuhan berwarna berintegasinya, atau secara jarak jauh melalui aplikasi Xiaomi Home. Anda boleh melakukan kawalan seperti melaraskan waktu basuhan dengan My Time, terima pemakluman, dan mengaktifkan fungsi khas seperti Refresh & Loosen bagi membuang bau-bauan selepas basuhan tamat.