Mana-mana pakaian yang tidak sempat dihantar ke dobi, saya akan basuh secara manual menggunakan tulang empat kerat saya kerana kadangkala apabila sudah terlalu banyak pakaian, saya akan mencuci menggunakan kaki.
Saya tidak pernah menyuruh junior-junior saya membasuh pakaian saya walaupun saya menjawat jawatan ketua dorm, kerana ia akan melanggar prinsip saya selalu ketua dorm yang berwawasan dan berperi pekerti mulia.
Mak saya gembira apabila mendapat tahu saya sudah pandai mencuci pakaian sendiri semenjak tinggal di asrama. Beban tugas suri rumahnya akan berkurangan apabila pakaian-pakaian saya akan diuruskan saya sendiri. Namun beliau telah silap, ada masa saya akan menjadi malas macam gampang di asrama dan akan mengumpulkan pakaian kotor saya untuk dibawa pulang ke kampung untuk dibasuh oleh mak saya menggunakan mesin basuh automatik di rumah.












