Mata gua tak dapat nak lelap memikirkan tentang teks ucapan yang patut gua sampaikan sempena hari persaraan bos gua besok. Mentang-mentang gua ada masuk kursus pengucapan awam, tak pasal-pasal gua kena jadi wakil anggota kakitangan sokongan untuk sampaikan ucapan.

Disebabkan itu, maka gua dengan rasa amat rimas apabila terpaksa memakai baju batik untuk menyampaikan ucapan tersebut. Gua bukan apa, dalam apa-apa acara kat tempat kerja gua ni pada kebiasaannya tugas gua adalah standby kat backstage. Biasalah, dah nama pun juruteknik.

Jadi, adalah amat tidak sesuai bila gua kena pakai baju batik sambil buat kerja-kerja backstage kerana baju batik gua adalah jenis murah dan jenis tak serap peluh. Kalau berpeluh sure baju tu akan basah dan gua akan kelihatan lencun seperti Irfan Bakti ketika perlawanan akhir Piala FA tempoh hari.

Tinggalkan komentar