Bidang kerja Oil and Gas ni sebenarnya jauh benor larinya dengan apa yang aku minat, dengan apa yang aku dah belajar dan juga dengan bidang pekerjaan aku sekarang ini. Minat aku tentunya lebih pada bidang seni terutamanya seni visual dan penulisan walaupun pendidikan formal aku dahulu terarah kepada bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik. Namun, jika hendak dibandingkan dengan kerja aku sekarang ini yang melibatkan IT, Oil & Gas tentu cabarannya nyata berbeza.
Pernah sekali aku mendapat panggilan temuduga Program Teknologi Petroleum INSTEP – PETRONAS bagi lepasan SPM semasa aku sedang melanjutkan pelajaran di Politeknik Ungku Omar pada tahun 2007. Keputusan hasil dari temuduga itu adalah mendukacitakan. Mana taknya, semasa sesi temuduga yang melibatkan tiga orang calon dipanggil masuk serentak. Aku lebih banyak membisu jika dibandingkan dengan 2 orang calon yang masuk bersama aku yang lebih petah berbicara dengan para penemuduga dalam Bahasa Inggeris. Siapa suruh senyap. Bongok.
Untuk tahun ini, aku cuba memohon sekali lagi. Walaupun kerja ini tidak menarik minat dan pastinya akan membuatkan aku terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak-anak untuk tempoh waktu yang lama, tarikan daripada ganjaran wang ringgit yang lumayan membuatkan aku berhajat besar untuk menceburi bidang ini.
Warga marhaen seperti aku – yang hampir setara dengan pengemis – tidak boleh memilih sangat. Termasuklah juga bidang kerjaya yang ingin diceburi.

12 KOMEN

  1. Kadang kala kita terpaksa bertindak untuk menjaminkan kehidupan kita dan keluarga demi masa hadapan walaupun ianya sesuatu yg amat sukar. Semoga pilihan anda adalah yg terbaik dan semoga anda berjaya…Insyaallah, mohonlah petunjuk dariNya

  2. Kakak rasa kerja mencabar kerinduan ini sangat berbaloi. Kakak ada dua anak saudara yg berkecimpung bidang ini. Walau susah utk bertemu keluarga tapi ketika usia muda inilah gunakan kudrah yg ada utk menabung memampu boleh. Zaman serba canggih ini pun kadang tak ada line utk berhubung tau… tapi bila sesekali berjumpa itulah saat yg indah. Pergilah dik jgn lepaskan peluang ini..

  3. semoga berjaya bro..kwan aku yang berkerja kat O&G pun selalu cakap..once ko dah keje ngan company O&G memang susah nak tinggal..kalau cari keje lain pun mesti nak cari company O&G sbb benefit dorang lain macam..hehe

    Regards,
    -Strider-

  4. sy pernah berkerja sebuah syrikat oil nd gas gak tapi kita org supply org utk petronas.bab2 time sheet, pengambilan kerja kami lakukan..best gak 😉 tapi tu dulu skrg tak lagi.serius klu dpt kontrak pun pi keje kalu dpt tetap jgn was2 tolak..heee klu dpt pi temuduga try2 berkali mana tahu rezeki..btw gaji blh tahan gak

Tinggalkan komentar