Di rumah aku, quota bandwidth nya amat terhad. Menonton video di internet adalah perkara yang perlu dielakkan supaya kelajuan internet tidak disekat. Pada kebiasaannya, jika terdapat sebarang video menarik yang ingin ditonton oleh aku dan isteri di rumah, aku akan mendownloadnya di pejabat.

Isteri aku amat meminati ceramah dari Profesor Muhaya kerana gaya penyampaiannya yang lemah lembut mampu meruntun hati nurani kita kembali mereset minda dari segala haru-biru rencam dunia. Rasanya lah kot kan. Jadi, hari ini sambil-sambil aku buat kerja kat ofis macam biasa, aku cari-cari video kat You Tiup berkenaan ceramah Profesor Muhaya supaya dapat ditonton oleh isteri aku di rumah nanti.
Tapi, lepas aku tengok video ni.

Rasanya, elok aku cari video dari profesor lain ajelah. Profesor Muhaya ni, ucapan motivasinya sesuai bagi orang-orang yang tinggal di kayangan. Mana sesuai bagi golongan marhaen seperti aku yang secara teknikalnya, hampir kepada golongan gelandangan ni.

22 KOMEN

  1. Assalamualaikum,
    Memang lah tanah fikir negatif tapi kalau pusing ikut belah mana pjn, yg negetif tu jugak dok terantuk ke dahi…mcm mana tak stress barang naik. Bukan ssmua orang ada masa lepak dpn tv 5-6 jam tapi kalau dah buat mcm2 keja pu masih blm dapat nak tarik nafas…stress jugak tu

  2. humm hanya sekadar kata kata….

    Pernah dulu saya masa kerja di beri gaji RM700 sebulan. pengangkutan +makan semua RM600 lebih. tinggal berapa puluh ringgit je balance. saya masuk bilik bos untuk berbincang soal gaji dan diberi ceramah begini sebiji…. Allahuakbar Allah jer tahu apa rasanya… kemudian dia bos senang lenang lepas 2-3hari keluar kereta mercedes baru sebijik… cuba kalau saya cakap dia tak bersyukur? saya suruh dia pakai kereta lama dia jer dan suruh dia bersyukur supaya walaupun berkereta lama dia tetap rasa sama macam kereta mercedes baru …. yang pasti jangan menilai orang yang susah tuh dengan rendah ilmu agama mereka sebab tu mereka rasa susah dan merungut…..

  3. kebanyakkan pakar motivasi mmg akan ckp mcm ni kot..hakikatnya mereka x berada ditempat kita.saya suka baca satu ruangan dlm majalah mingguan wanita, ttg permasalahan rumah tangga, tapi pada pendapat sy sendiri segala pandangan yg dilontarkan amatlah tidak membantu langsung. kdg2 utk tingkatkan motivasi diri lbh baik kita cuba memotivasi diri drpd keadaan sekeliling sahaja, cthnya drpd keluarga, ibu,bapa, anak2,suami,isteri selain drpd mengikuti program2 motivasi kerana hakikatnya mereka juga sedang menjual kata2. kata2 yg dibayar dan kdg kala tak applicable utk semua org.

  4. jadinya.. kita kena motivasikan diri kita sendiri.. sbb kita je yak paham la situasi kita gamaknya.. even org terdekat ngan kita pon x mengalami apa yak kita alami la yer.. org len hanya sebagai penguat semangat yang menuturkan kata kata manis je la yer..

  5. salam bro..
    saya pun suka tgok video ceramah motivasi prof..
    slalu program yg dtyangkan di astro oasis jarang miss. 🙂

    cuma untuk video ni saya pun x setuju..ya saya akui saya terasa terbeban dgn ekonomi..walaupun bujang.. tambah2 baru gradute dgn nak mula hidup sendiri.. !!!

  6. aku rasa diorang motivators ni mmg dah ada satu template speech n mindset yg kena follow, kalau keluar dari template tu, mungkin periuk nasi dorang sendiri bakal tergugat… pasal bab periuk nasi ni, hampur semua org cenderung utk jadi selfish, tak kira apa background dia skali pun, haih… manusia…

  7. Akakpun suka prof muhaya ni wpun kdg2 akak rasa cara dia berckp tu seolah2 hati nuraninya suci murni sgt..bak kata adik la…mcm di kayangan….bagi akak hanya nabi yg maksum….kita cuma manusia biasa…akak lebih suka bc atau dgr pendapat dato Fadilah Kamsah lagi sbb releven utk sifat kita sebagai manusia biasa…..

  8. kakak saya pun suka dia.. tapi, sayang.. saya dh hilang respect dgn dia.. pakat motivasi sekali beri ceramah, satu jam berapa? kali dengan sebulan berapa pulak? okay, think positive… gaji dia tu, semua dia sedekah kat org susah.. 10% je dy amik untuk kegunaan dia.. please.. we are not stupid untuk mengeluh tanpa sebab..

Tinggalkan komentar