Orang yang sering memungkiri janji ini biasanya orang-orang politik. Janji ditabur macam dedak ayam sebelum menang pilihanraya. Dah menang, janji itu pun dah lesap diterajang ke Laut China Selatan.
Itu lumrah orang politik. Habis madu sepah dibuang. Ada orang tu, belum lagi dapat madu, sepahnya sudah awal-awal lagi hampir mahu dibuang. Contohnya, orang seperti aku ini lah.
Dengan blog sendiri pun aku sudah ‘capati‘kan janji aku, entah bagaimana pula kalau aku benar-benar menjadi menteri kelak.
Men’capati’kan janji terhadap blog sendiri ini, secara tidak langsung telah menghampakan para peminat blog aku. (peminat? pfft, bajet diva macam AA la pulak aku ni. Haha)
Oklah, ini kali aku serius untuk melukis dan menulis dengan lebih kerap. Kemahiran menulis dan melukis ni perlu dipraktikkan setiap hari. Baca buku panduan banyak mana pun tak guna selagi tak biasakan diri untuk menulis dan melukis ni.
-Imej diperoleh dari We Heart It

18 KOMEN

  1. salam pagi…kalau xbaca keseluruhan frasa pasti kebingungan dgn kalimat mencapatikan janji…tapi sebelum dicapati perlu mengulinya baik2 terlebih dahulu elok2 kan…mesti seorang yg sangat berhalus melakukan sesuatu samaaba menulis r melukis…

  2. bro… jgn shutdown blog hg nih, kalo hg diam agk lama tu kitorng paham aih, masing2 pun ada commitment in real life, blog ni benda sampingan sambil bertegur sapa sama rakan2 bloggers ja, hg ada idea n masa lapang skit nnt, hg karang n lukih la pueh2… heheh ;3

Tinggalkan komentar