Karaoke mungkin boleh dijadikan salah satu medium bagi sesetengah orang untuk melepaskan tension. Ia adalah aktiviti yang sesuai dilakukan oleh kebanyakan golongan dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
Jurnal Malaysia
Aku mula belajar berkaraoke pada usia yang agak lewat. Ketika aku semester 5 di politeknik. Itupun tak berapa kerap sangat la. 2-3 kali je. Ala, tak luak duit PTPTN pun.
Bercampur dengan kaki-kaki karaoke sewaktu bekerja di kilang, membuatkan aku lebih kerap mengisi waktu lapang aku dengan aktiviti berkaraoke. Lokasi yang kerap dikunjungi untuk berkaraoke adalah Pasaraya Ole-Ole Shah Alam.
Tak silap aku, harga yang ditawarkan adalah RM 1.20 bagi setiap lagu. Harga yang boleh dianggap sebagai berpatutan jika melihat rupa luarannya yang mirip jamban. Secara fizikalnya, ruang karaoke yang disediakan berbentuk cubicle berdindingkan papan lapis dan plastik lutsinar. Pemasangan plastik lutsinar ni mungkin bertujuan untuk menghalang aktiviti seluk-seluk dikalangan couple-couple.
Karaoke jamban walaupun dindingnya agak kedap bunyi, namun masih lagi bising dengan suara-suara sumbang. Hal ini kerana, sesetengah pengunjung terutama dari golongan rempit gemar menyanyi sambil membuka pintu bilik karaoke masing-masing. Konon nak tayang suara kat awek-awek lain yang datang ke pusat karaoke berkenaan. Macamlah suara tu sedap sangat.
Aku kalau follow karaoke pun, bukan banyak menyanyi sangat pun. Banyak kena gelak je. Pasal lagu-lagu pilihan yang aku boleh nyanyi semuanya retro belaka.

22 KOMEN

  1. ha..ha.. paling suka ayat hang bro..x luak la pakai duit ptptn sikit pkaroke jamban ha..ha.. ayat tu memng terbaik.. so far karoke jamban ni x leh masuk ramai sempit..tapi best dah la murah..kaki karok memng suka.. tambah couple erm.paham2 je la ha..ha

  2. baru dengar hari ini nama dia karok jamban.selulu juga zaman muda2 skrg dah tua idka bolehbuang tebit lagu tu lagi. heee..memori sungguh.mmg dulu murah sekarang tak tahu berapa 🙂

Tinggalkan komentar