Lelaki perlu membuat keputusan. Sendiri. Walaupun keputusan itu ‘salah’, ia lebih baik daripada keputusan yang ‘betul’ tetapi ditentukan oleh orang lain.

Jika terlalu bergantung dengan orang lain, sampai keputusan sendiri pun nak orang lain yang KENA buatkan, tak payah la jadi diri sendiri lagi.

Manusia belajar dari kesilapan. Duduk berjauhan dari jagaan ibu bapa banyak mengajar aku mengenai menjadi matang. Salah satunya belajar membuat keputusan.

Mempunyai ibu bapa yang ‘over-protective’ pernah menyebabkan aku mudah hilang punca. Aku pernah hidup tanpa membuat keputusan sehinggalah ibu aku yang menentukan. Momokan syurga di bawah tapak kaki ibu mengukuhkan ketaatan aku terhadap perintah ibu aku.

Rasa ralat tu memang ada, tetapi aku masih sayangkan ibu aku. Aku tak suka untuk melukakan hati ibu aku. Justeru, merantau adalah jalan yang terbaik. Terutamanya untuk anak muda lelaki.

Betul, banyak keputusan bangang yang pernah aku sendiri buat dahulu dan aku tempuhi jua akhirnya kerana sampai masanya dalam tempoh hidup aku, hanya aku seorang sahaja yang boleh tentukan bagaimana hidup aku.

Bergantung dengan keputusan yang dibuat orang lain, apabila sesuatu yang ‘fucked-up’ terjadi dalam hidup aku, aku akan berterus-terusan menyalahkan orang lain. Cukuplah, biar aku silap sendiri dari menyalahkan orang lain. Memaafkan diri sendiri lebih mudah dari memaafkan orang lain.

Aku tak menyalahkan ibu aku. Seorang ibu memang akan sedaya mungkin melindungi anaknya. Cuma, kadangkala si ibu sering terlupa yang anaknya itu sudah dewasa. Aku faham, ibu aku masih menganggap aku masih kecil dan perlu dibimbing sepanjang masa seperti mana ibu-ibu yang lain.

Hanya Tuhan sahaja mampu membalas budi mu ibu.

2 KOMEN

Tinggalkan komentar