Sekarang ni, lelaki pun annoying jugak bila kat atas jalan raya, jangan nak kata perempuan je yang annoying, yang lelaki pun sama aje. Antara perkara yang menjengkelkan ketika memandu adalah perangai pejalan kaki bila nak melintas jalan. Lebih teruk daripada ayam melintas jalan sebab kalau ayam melintas pun sekurang-kurangnya ia akan berlari. Jauh sekali nak berlagak macho dan bajet cool.
Aku cukup menyampah masa aku tengah drive ada orang melintas jalan terkedek-kedek. Paling aku menyampah bila orang lelaki yang buat macam tu. Pastinya jenis-jenis yang macam ni akan buat muka ketat dan perasaan cool dan hensem serta macho. Nampak sangat nak control macho tak nak lari konon lintas jalan nampak steady depan aweks-aweks. Kamon la, kalau nak melintas tu, cer cepat sikit boleh tak. Ini tidak, bukan setakat aku kena slow down, ni dah aku sampai kena berhenti siap free gear lagi. Aper kes? Mentang-mentang le aku jenis pemandu yang tak akan speeding bila drive dalam jalan bandar.
Oh ya, cerita ini berlaku di Malaysia. So, pejalan kaki amat jarang menggunakan lintasan pejalan kaki yang disediakan apatah lagi menggunakan jejantas. Jika menggunakan lintasan pejalan kaki, aku masih boleh bersabar lagi walaupun buat gaya The Beatles melintas Abbey Road sekalipun.
![]() |
| sekkebbukitbaru.blogspot.com |















Bro,
aku rasa kaki dia sakit lah sebab tu jalan terkedek2. 🙂
@dinsblog
Kalau sorang-dua, aku bole maafkan lagi. Tapi, bila dah nengok macam dah jadi tabiat je orang kita bila melintas mesti jalan terhegeh-hegeh, bole bikin tekanan darah aku naik je tetiba.
Kang aku langgar, tak pasal je almarhum tengah-tengah jalan tu.