Dunia kian berubah dan adaptasi pengguna hari ini kian pantas. Konsep inovasi dan kepintaran seringkali diberikan makna baharu dan trend pula datang dan pergi hampir sekelip mata. Baharu sekadar baharu sahaja tidak mampu lagi memenuhi kehendak pengguna pada hari ini.
Memahami hal ini, Samsung Electronincs memberikan daya usahanya yang besar dan kepakarannya dalam menyempurnakan setiap komponen produknya. Malah setiap perincian estetikannya diberikan tumpuan dengan usaha yang terbaik. Hasilnya, Galaxy Z Flip 4 dan Galaxy Z Fold 4 membawakan nilai teras tersebut bagi menyesuaikannya dengan keperluan pengguna.
Diperkemaskan ke arah kesempurnaan
Galaxy Z Flip 4 dan Galaxy Z Fold 4 telah melalui proses pembangunan yang amat teliti bagi memperhalusi rekaannya supaya lebih sempurna.
Keseimbangan dalam keanggunan
Untuk merekabentuk Galaxy Z Flip 4 dan Galaxy Z Fold 4, Samsung menumpukan pada intipati peranti-peranti berkenaan untuk menyediakan pengalaman imersif yang tiada tolok bandingnya. Bucu yang lebih diperkemaskan dan engsel yang lebih nipis menghasilkan rekaan yang kemas, rata dan kompak memberikan genggaman yang lebih selesa buat pengguna.
Nisbah skrin Galaxy Z Fold 4 juga dioptimasikan dengan mengambil kira aspek kehidupan harian yang lebih penting bagi menyeimbangkan penggunaan, mudah disimpan dan juga pengalaman skrin utama yang imersif.
Kehalusan seni yang digilap
Kaca permukaan belakang telefon pintar boleh lipat terkini Samsung ini telah direka bagi menyerlahkan warna perantinya dengan tumpuan memberikan sensasi yang lebih bersahaja. Kemasan metalik berglos pada bingkainya diharmonikan dengan rekaan permukaannya dikemaskan dengan kaca berkabut.
Untuk Samsung Galaxy Z Flip 4, pereka Samsung menyertakan rekaan hiasan logam memukau bagi memberikan penekanan pada kameranya yang ditambahbaik. Rekaan ringkas ini dikekalkan bagi menyempurnakan paduan antara kamera utamanya dengan skrin Cover Samsung Galaxy Z Flip 4.
Untuk Galaxy Z Fold 4 pula, hiasan kamera dan kaca permukaan belakangnya didatangkan bersama-sama bagi melengkapkan rekaan peranti tersebut, menyerlahkan susun atur mendatar rekaan kameranya.
Gelombang baharu berwarna-warni
Bagi memberikan pengguna lebih pilihan estetika, pelbagai warna pilihan ditawarkan kepada pengguna bagi menyesuaikan dengan gaya yang tersendiri.
Warna unik siri ini, Bora Purple menghubungkan Galaxy Z Flip 4 dengan susur galur siri peranti Galaxy. Manakala Pink Gold yang elegan pula menyediakan pengguna lebih pilihan neutral. Turut ditampilkan, pilihan warna Blue yang lembut dan Graphite yang ringkas. Tona pastel pilihan warna Galaxy Z Flip 4 memberikan nafas segar yang sesuai dengan perkembangan semasa.
Untuk Galaxy Z Fold 4, anda boleh memilih dari warna elegan yang diinspirasikan dari alamiah Graygreen, warna yang hangat dan neutral Beige hinggalah ke warna ikonik Phantom Black yang membawakan semangat asli siri Galaxy. Setiap warna diadun sebaiknya untuk memberikan pengalaman kepenggunaan yang lebih menusuk kalbu.
Membuka lipatan kepada segala kemungkinan
Penentu kepada rekabentuk Galaxy Z Flip 4 dan Galaxy Z Fold 4 adalah penambahbaikan pada ciri unik telefon pintar boleh lipat generasi berikutnya ini.
Keunikan yang praktikal
Panel Flex mode Galaxy Z Flip 4 kini hadir dengan pad sesentuh yang menyokong sejumlah gestur bagi membolehkan pengguna menavigasi peranti dengan lebih cepat mudah. Antara gestur yang disokong termasuklah mengezum dekat atau jauh, serta menyelak halaman-halaman di dalam e-book.
Selain itu, skrin Cover Galaxy Z Flip 4 kini hadir menyediakan pengalaman kepenggunaan yang lebih lumayan. Ia juga menawarkan lebih banyak wijet seperti Calendar, SmartThings Scene dan Direct Call. Satu kibasan pada skrin Cover tersebut akan membawakan sejumlah ciri pada Quick Settings seperti kawalan bunyi dan kecerahan, Wi-Fi, Bluetooth dan mod Airplane. Anda juga boleh membalas mesej secara terus dari skrin Cover sama ada melalui preset sedia ada, emoji atau fungsi Percakapan-kepada-Teks (Speech-to-Text).
Mengambil swafoto dengan skrin Cover juga dipertingkatkan bagi menyediakan pengguna pengalaman yang lebih baik. Berbeza dengan model sebelumnya, Quick Shot akan dinyahaktifkan apabila lipatan peranti Galaxy Z ini dibuka, anda kini boleh terus menggunakan kamera berkenaan apabila ia dibuka pada lipatan dengan sudut-sudut tertentu. Membolehkan swafoto anda boleh diambil dalam pelbagai sudut dan perspektif.
Anda juga boleh menikmati imej pratonton yang telah dipertingkatkan melalui skrin Cover yang menunjukkan nisbah sebenar foto yang diambil, serta Portrait Mode bagi memberikan pengalaman swafoto yang lebih baik di mana jua anda berada.
Fungsi berbilang tugas yang mengkagumkan
Ciri Taskbar pada Galaxy Z Fold 4 membolehkan produktiviti dan kecekapan yang ditawarkan oleh skrin besarnya ditingkatkan ke aras yang lebih tinggi. Susun atur yang diteruskan dari Taskbar ke Hotseat menyediakan lebih konsistensi visual dan anda boleh mewujudkan satu Taskbar dengan aplikasi yang paling kerap digunakan bagi memudahkan anda bertukar-tukar penggunaan antara aplikasi.
Galaxy Z Fold 4 juga direka khusus bagi memanfaatkan setiap inci skrin lebarnya bagi menyediakan pengalaman berbilang-tugasan yang lebih cekap. Pengguna juga boleh mengaktifkan Multi-window dengan segera menggunakan kaedah seret-dan-letak, atau menyimpan App Pair kegemaran pada sebelah kiri Taskbar.
Anda juga boleh menghasilkan skrin terbahagi menggunakan pemegang tetingkap atau dengan gestur mudah. Selain itu, Multi-window ini juga boleh digunakan dengan cara multifacet dan multi-tugasan yang sesuai dengan keperluan pengguna.
Untuk tangkapan foto yang lebih jelas, mengezum sehingga 20x dalam mod Capture View dengan kamera utama mengaktifkan peta zum yang lebih luas pada sebelah kiri skrin yang menunjukkan pratonton pandangan panorama. Selain itu, apabila anda mengaktifkan ciri pratonton skrin Cover, anda hanya perlu menekan butang swafoto pada sebelah kiri atas untuk menikmati kawalan kamera Galaxy Z Fold 4 terus dari skrin Cover.
Pilihan warna-warni menawan dengan Bespoke
Anda diberikan lebih kebebasan mengubahsuai warna Galaxy Z Flip 4 melalui Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition. Terdapat lima warna pilihan kaca berglos yang ditawarkan iaitu Yellow, White, Navy, Khaki dan Red, serta tiga pilihan warna bingkai iaitu Silver, Gold dan Black yang boleh disuai-padankan mengikuti citarasa anda.
Pelbagai Pilihan Cover
Diispirasikan dari ciri keselesaan membawa dompet kulit premium, Galaxy Z Flip 4 Leather Cover telah menjalani penambahbaikan menyeluruh dengan hasil penuh gaya. Selain itu, Silicon Cover with Strap dan Silicon Cover with Ring yang memudahkan pengguna membawakannya dengan penuh bergaya.
Bagi menyesuaikan dengan rekaan Galaxy Z Fold 4 yang diperbaharui, Standing Cover with Pen case, yang dikenali bagi meningkatkan pengalaman penggunaan S Pen dan Silicon Cover with Strap, yang popular dengan Galaxy Z Flip, turut menerima rekaan semula baharu.
Juga diperkenalkan untuk pengguna yang ingin mendapatkan keselesaan dengan gaya, Standing Cover yang melengkapi penggunaan skrinnya yang lebar, dan Leather Cover, untuk citarasa yang lebih premium turut disediakan.
Lain daripada yang lain
Pilihan jam skrin Cover Galaxy Z Flip 4 kini hadir dengan pelbagai gaya yang pengguna boleh dimanfaatkan bagi menyerlahkan mood anda setiap hari seperti menggayakan busana anda. Melalui pelbagai rekaan grafik, pilihan yang disediakan untuk muka jam pintar ini kini lebih meriah.
Anda juga boleh memilih imej, GIF dan video bagi latar skrin Cover anda dan boleh disesuaikan dengan tema-tema Galaxy yang disediakan bagi menyediakan pengalaman yang lebih harmoni.
Proses merekabentuk Galaxy Z Flip 4 dan Galaxy Z Fold 4 melampaui usaha membawa perubahan dan ia memanfaatkan unsur inovasi bagi membolehkan pengguna mencapai potensi sepenuhnya dalam gaya hidup.
Pra-tempahan Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4
| Produk | Model | RRP | Pilihan Warna | Hadiah |
| Galaxy Z Flip 4 | Galaxy Z Flip 4 (128GB) | RM4,099 |
|
|
| Galaxy Z Flip 4 (256GB) | RM4,399 | |||
| Galaxy Z Flip 4 (512GB) | RM4,899 | |||
| Galaxy Z Flip 4 Bespoke Edition (256GB) | RM4,599 | Bespoke Edition | ||
| Galaxy Z Fold 4 | Galaxy Z Fold 4 (256GB) | RM6,799 |
|
|
| Galaxy Z Fold 4 (512GB) | RM7,299 | |||
| Galaxy Z Fold 4 (1TB) | RM8,299 |
Untuk membuat pra-tempahan Galaxy Z Flip4, dan Galaxy Z Fold4 kunjungi Samsung Malaysia.
Maklumat lanjut mengenai Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition, kunjungi: https://www.samsung.com/my/mobile/galaxy-bespoke/galaxy-z-flip4/?type=gallery&modelCode=SM-F721B7XEXME













