Pengeluar cipset kegunaan peranti mudah alih, MediaTek dilaporkan menguasai pasaran cipset dunia mengatasi Qualcomm. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Counterpoint Research, MediaTek mendahului dengan memegang sejumlah 38% pada suku kedua 2021.

MediaTek seringkali dikaitkan dengan peranti-peranti peringkat pemula dan juga pertengahan atas pelbagai faktor terutamanya kos yang lebih rendah. Peningkatan ini turut disumbangkan oleh populariti cipset keluarannya seperti Helio G80 dan Dimensity 700.

Kedudukan Qualcomm yang selama ini dominan di pasaran cipset global mula dipintas oleh MediaTek sejak dari suku ketiga 2020. Sehingga kini, MediaTek telah memperkukuhkan cengkamannya dalam tempoh tiga sukuan terakhir.

Selain dari dua pengeluar cipset teratas tadi, di tempat ketiga dihuni oleh Apple. Seterusnya Samsung di tangga keempat dan tempat kelima dan keenam masing-masing diduduki oleh Unisoc dan HiSilicon (Huawei).

Paling terkesan antara keenam-enam pengeluar cipset ini ialah HiSilicon. Hal ini terjadi disebabkan oleh sekatan perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap syarikat elektronik dari China tersebut.

Tinggalkan komentar