Maybank baru-baru ini telah memperkenalkan fungsi baharu yang membenarkan pengguna-penggunanya membuat penetapan had transaksi harian melalui FPX sehingga RM50,000 dalam satu hari.

Secara lalai, pengguna yang tidak membuat perubahan penetapan sebelum 20 Ogos 2022 akan dihadkan transaksi harian pada RM3000 sahaja secara automatik.

Tetapan tersebut boleh dibuat menerusi laman web Maybank2U dan pergi ke bahagian Settings selepas anda melog masuk ke akaun anda. Di dalam Settings, anda boleh pergi ke “Pay & Transfer”, dan pilih “FPX”. Seterusnya anda boleh membuatkan penetapan had FPX harian mengikut kesesuaian.

Tinggalkan komentar