Maybank akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem pada Rabu 8 September 2021 dari jam 11.30 malam sehingga 11.59 malam. Kerja-kerja ini akan menyebabkan sebahagian perkhidmatan online Maybank tidak dapat digunakan sepanjang tempoh tersebut.

Pelaksanaan penyelenggaraan ini bertujuan memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik buat seluruh pelanggan-pelanggan Maybank terutamanya menjelang aktiviti promosi jualan online 9.9.

Sepanjang tempoh tersebut, sebahagian perkhidmatan Maybank tidak dapat diakses oleh pengguna iaitu, Maybank2u & pembayaran atas talian, aplikasi MAE, aplikasi QRPay Biz, aplikasi Maybank Wealth, pembayaran FPX, transaksi kad debit, mesin ATM, dan mesin pendeposit cek.

Para pelanggan yang ingin mendapatkan keterangan lanjut berhubung perkara ini boleh menghubungi pihak Maybank melalui mgcc@maybank.com.

Tinggalkan komentar