Maybank akan melaksanakan latihan penyelenggaraan sistem pada Ahad 19 Jun 2022 dari jam 3 pagi hingga 7 pagi. Kerja-kerja ini akan menyebabkan sebahagian perkhidmatan online Maybank tidak dapat digunakan sepanjang tempoh tersebut.
Pelaksanaan penyelenggaraan ini bertujuan memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik buat seluruh pelanggan-pelanggan Maybank melalui latihan penyelenggaraan sistem.
Sepanjang tempoh tersebut, sebahagian perkhidmatan Maybank tidak dapat diakses oleh pengguna iaitu, Maybank2u, aplikasi MAE, aplikasi M2U MY, aplikasi Maybank2u Biz, terminal ATM/Layan Diri Maybank, mesin ATM, JomPay, Pemindahan Antarabank GIRO (IBG) dan aplikasi perdagangan Maybank.
#MBBalert Dear Valued Customer,
Please be advised that owing to a system maintenance on Sunday, 19 June 2022 our online banking services and Maybank ATM 24Hrs will not be available on staggered basis from 3:00 AM to 7:00 AM.
(1/3)— Maybank (@MyMaybank) June 16, 2022
Para pelanggan yang ingin mendapatkan keterangan lanjut berhubung perkara ini boleh menghubungi pihak Maybank di talian 1-300-88-6688. (Malaysia) atau +603-7844-3696 (luar negara).













