Maybank telah mengumumkan sejumlah perkhidmatannya tidak dapat diakses oleh pelanggan-pelanggannya pada 11 Disember ini.

Berdasarkan senarai yang dikongsikan menerusi laman rasmi Facebook dan Twitter pihak bank, beberapa perkhidmatan kritikal dijadualkan akan tergendala.

Antaranya termasuklah laman web dan aplikasi Maybank2u, aplikasi-aplikasi mudah alih lain seperti MAE, Wealth, dan QRPay Biz. Masa penutupan (downtime) ini turut melibatkan perkhidmatan ATM, bayaran dalam talian, dan transaksi kad debit.

Bagaimanapun, masa penutupan ini hanya dilaksanakan dari jam 11.30 malam hingga 11.59 malam pada 11 Disember 2020. Pihak Maybank masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini.

Masa penutupan ini dilihat agak meggusarkan sesetengah pengguna terutama yang berhajat membuat pembelian awal bersempena promosi jualan dalam talian 12.12. Bagi anda yang ingin membuat pembelian tuntas 12.12, anda mungkin perlu memilih kaedah pembayaran lain sebelum jualan tersebut bermula pada tepat jam 12 tengah malam 12 Disember 2020.

 

Tinggalkan komentar