Kejutan besar buat pengguna Maxis, sama ada yang baru dan juga yang sedia ada apabila syarikat telco ini mengumumkan akan menambah 10GB data pada kesemua pelan MaxisONE. Selain itu, Maxis turut memansuhkan pengasingan data di antara hari biasa dan hujung minggu, bagi membolehkan pengguna mendapatkan keseluruhan 60GB data sepanjang bulan.

Maxis masih lagi menawarkan pelan yang sama untuk keempat-empat pelan tersebut – MaxisONE 98/128/158/188 dengan mengekalkan panggilan dan SMS percuma. Kesemua pelan ini hadir dengan penambahan 10GB data, kecuali pelan MaxisONE 98 yang masih lagi menawarkan pengasingan data di antara hari biasa dengan pada hujung minggu (15GB sepanjang hari + 15GB 4G hujung minggu).

Pengguna pelan ini diberi pilihan untuk mengubah ke pelan yang membolehkan penambahan data 10GB dilakukan dengan perlu menambah yuran langganan sebanyak RM10. Perubahan pelan ini menjadikan yuran langganan MaxisONE 98 menjadi RM108.

Untuk pelan-pelan lain, pelan MaxisONE 128/158/188, kesemuanya hadir dengan data sepanjang hari 40GB, 50GB dan 60GB; dan tiada lagi pengasingan data di antara hari biasa dan hujung minggu. Berikut adalah jadual pelan MaxisONE yang baru;

Pelan MaxisONE baru 7 Disember 2017 Pelan MaxisONE 98 Pelan MaxisONE 128 Pelan MaxisONE 158 Pelan MaxisONE 188
Komitmen bulanan RM98 RM128 RM158 RM188
Data 15GB data sepanjang hari + 15GB data hujung Minggu 40GB 50GB 60GB
Panggilan Percuma Tanpa had kesemua rangkaian
SMS Percuma

Bagi anda yang melanggan pelan MaxisONE, anda tidak perlu melakukan apa-apa. Pihak Maxis akan menaik taraf pelan anda secara automatik bermula dari hari ini.

Untuk pelanggan pelan MaxisONE 98 pula, pelanggan yang ingin menaik taraf pelan yang dilanggan perlu hadir ke Maxis Centre atau menghubungi talian 123.

Kunjungi laman web rasmi Maxis untuk keterangan lanjut

Tinggalkan komentar