Maxis telah mengumumkan akan menaik taraf seluruh pelan pascabayarnya dengan menggandakan kuota data bulanan tanpa sebarang penambahan kos.
Pihak syarikat telekomunikasi ini juga menambahbaik fleksibility pelan Postpaid Share 48 dengan kuota data boleh dikongsikan kepada 30GB. Justeru, menggantikan had terdahulu yang menghadkan pada 10GB sepanjang hari + 10GB kegunaan sendiri sebelum ini.
Pelan pascabayar yang terlibat adalah Maxis Postpaid 98, 188 dan Tablet 28 Plan, dengan kuota baharu masing-masing ditetapkan pada 40GB, 100GB dan 30GB.
Untuk pelan Eksklusif Malaysia Timur, Postpaid 68 juga menerima peningkatan mendadak kuota kepada 30GB.
Maxis turut menjelaskan proses menaik taraf akan dilaksanakan di antara 4 hingga 10 Jun 2020 dan pelanggan akan diberitahu melalui SMS. Bagi yang mula melanggan pelan-pelan tersebut selepas 4 Jun akan terus menikmati peningkatan ini.
Pengguna juga diingatkan untuk tidak membuat perubahan had kuota perkongsian atau menukar pelan ketika tempoh proses menaik taraf ini sedang dilaksanakan.













