Bermula dari hari ini, Maxis akan menyediakan dongle Wi-Fi 4G dengan data tanpa had bagi pelanggan Home Fibre baru. Pemberian ini dilaksanakan sebagai langkah memberikan pengguna kemudahan akses ke internet sementara menunggu pemasangan fiber di rumah dapat dibuat oleh Maxis.

Syarikat-syarikat telekomunikasi tidak dibenarkan untuk membuat pemasangan di rumah atau premis pelanggan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Pemasangan hanya dibenarkan dilakukan di lokasi-lokasi kritikal seperti hospital dan klinik.

Menurut dokumen soalan-soalan lazim Maxis, pakej pra-pemasangan internet ini turut menyertakan sebuah router. Bagaimanapun, pengguna hanya dibenarkan untuk mengembalikan dongle dan kad SIM selepas pemasangan fiber selesai dilakukan di kediaman masing-masing.

Selain itu, pelanggan juga tidak akan dikenakan caj bayaran bagi penggunaan data 4G. Bagaimanapun, di dalam dokumen terma dan syarat pakej berkenaan, Maxis menyatakan jika pelanggan menggunakan data lebih dari 300GB dalam sebulan, pihak syarikat mungkin akan mengurangkan kualiti penstriman video ketika waktu puncak.

Maklumat lanjut mengenai pakej Home Fibre, kunjungi laman web rasmi Maxis.

 

Tinggalkan komentar