Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT) telah mengumumkan keadaan semasa satelit MEASAT-3 yang sedang mengalami penurunan tahap perkhidmatan. Keadaan ini memerlukan lebih masa bagi menstabilkan kembali satelit yang terlibat.
Masalah ini telah menyebabkan beberapa perkhidmatan yang berkaitan rangkaian satelit seperti Astro turut sama terjejas.
Menurut Astro kesan daripada masalah ini menyebabkan sebahagian penggunanya, terutamanya bagi penduduk di bangunan tinggi berdepan dengan masalah mengakses ke saluran-saluran tertentu.
Pengguna-pengguna yang terjejas dinasihatkan untuk menggunakan aplikasi Astro Go untuk terus menikmati saluran-saluran yang dilanggan sementara masalah ini diselesaikan.
Pihak MEASAT kini sedang melakukan pemantauan dan penyelenggaraan tahap kritikal bagi memulihkan kembali keadaan satelit berkenaan pada kadar segera.













