Poco M3 merupakan di antara telefon pintar yang popular di kalangan pengguna-pengguna Malaysia sejak ia dilancarkan.
Bagaimanapun, beberapa minggu kebelakangan ini terdapat aduan dari beberapa pengguna mengenai masalah yang diluar jangkaaan.
Berdasarkan pertanyaan dari pengguna melalui forum Reddit Xiaomi dan Poco, masalah-masalah ini didapati hadir selepas kemaskini yang terbaru.
Jika telefon berkenaan terus mati disebabkan asyik restart atau kehabisan bateri, terdaapt kemungkinan ia tidak lagi boleh dihidupkan semula.
Pihak laman portal teknologi SoyaCincau telah menghubungi Xiaomi Malaysia berkenaan isu dan sedia memberikan bantuan kepada pengguna yang terlibat.
“We are aware of the dead boot issue on selected POCO M3 devices. We are currently working with our customer service team, technical experts and industry partners to support our customers with necessary assistance.
At POCO, we value our customer’s feedback and put them as our top priority. We are looking in to this matter seriously whilst taking care of our customer welfare,” – Xiaomi Malaysia
Bagi pengguna Poco M3 yang terkesan dengan masalah ini, anda boleh melaporkan dan menghubungi khidmat pelanggan Xiaomi Malaysia menerusi cara berikut:
- Talian khidmat pelanggan Xiaomi: 1800-81-2486
- Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat; 9 pagi – 6 petang
- Emel: service.my@xiaomi.com
Xiaomi Malaysia akan menyediakan perkhidmatan pembaikan, penggantian atau membayar balik jika didapati model Poco M3 berkenaan benar-benar mengalami masalah seperti yang diterangkan tadi.
Selain itu, Xiaomi Malaysia juga akan memberikan waranti tambahan selama tiga bulan untuk semua unit yang telah dibaiki atau digantikan tersebut.













