Mak aku berasal dari kawasan Perak Utara. Orang dari Perak Utara ni, cakapnya ada bunyi-bunyi macam orang Penang cakap. Takda bunyi loghat orang Perak langsung. Jadinya, dalam pertuturan harian kami sekeluarga, sekali-sekala akan terselit loghat Penang. Macam ‘marka‘[1] misalnya.
Bab marka ni, memang isu besar dalam famili aku. Aku dua beradik dengan adik lelaki aku memang ditegah dari berkawan dengan perempuan. Berkawan ni pada terma perundangan mak aku adalah, kawan member biasa-biasa pun tak boleh. Nak buat jadi marka jauh sekali. Mak aku punya rules lebih strict dari bapak aku yang merupakan seorang askar.
Pernah sekali kitorang berdua kena marah sebab ada marka entah mana entah tersalah dail telefon rumah aku. Kebetulan mak aku yang jawab. So, memang kena leter lah kitorang satu hari tu walaupun itu sebenarnya tiada kena mengena langsung dengan kami.
Adik aku pulak pernah terkantoi surat cinta dari secret admire dia. Bukan dia minat pun dengan budak tu. Tapi kebetulan dia lupa nak buang surat tu dari kocek seluar sekolah. Habis. Seminggu tak habis kena bebel.
Aku pulak tak pernah dapat surat dari admire, so takda reason kot mak aku nak syak yang aku ni melanggar peraturan keluarga aku. Itupun masih belum kuat untuk menghilangkan rasa was-was mak aku dalam menjaga batas pergaulan anak-anaknya.
Aku pun pernah kena marah jugak pasal marka-marka ni. Bukan salah aku pun. Marka tu yang dok ralit syok pandang kat aku time kami sekeluarga datang kenduri kahwin famili belah ayah aku. Aku buat derk je, tapi mak aku syak aku main-main mata pulak. Habis mood aku nak pekena nasik minyak time tu.
Setengah orang tak boleh terima bila dapat parent yang terlampau strict. Mesti ada yang akan melawan sampai ke tahap derhaka. Tapi kami takda pulak sampai macam tu. Merajuk sikit-sikit tu adalah, tapi takda la sampai nak lari dari rumah or hisap dada. Mungkin dalam kepala hotak kami dua beradik ni dah di set secara hardwired untuk patuh dan terima arahan dari mak ayah kami kot.
Ah, fikir-fikirkan balik. Apa ada hal aku takda marka dan pengalaman bercouple masa dulu. Last-last kahwin jugak aku. Anak dah ada dua orang lagi tu.
[1]marka – awek/bf, makwe/pakwe, teman wanita/teman lelaki, couple















Dah lama tak dengan perkataan tue. Padahal aku orang kedah, tapi tak pernah guna perkataan tue. Cuma dengar orang cakap je.
pfftt macam rules dalam cerita anak mummy ja.. hehehehehe x-)
marka = makwe.
kalau orang bugis, makwe tu maknanya makcik. atau mak tua…
alololo comel nyer entri ni..
p/s : takziah orang Perak atas kematian Sultan Azlan Shah tengah ari tadik ek #AlFatehah
loghat setiap negeri dan daerah memang tak sama ..: takziah orang Perak atas kemangkatan Sultan Azlan Shah ..
oh marka? hahah… aku marka takdak, tp stakat secret admirer tu, biasa la… hampir semua orang ada secret admirer/admirers dia masing2… keskeskes ;p
btw orang utara kata marka tu maknanya boipren/gepren, bukan khas ditujukan pada perempuan… heheh
Nanti aku huat pembetulan. Hehe. Dulu mak aku bukan kira, asal ada membe perempuan sembang dengan aku sikit, terus kena cop sebagai marka aku. Haha
kadang yg sibuk bermarka sana sini xkemana juga sudahnya pun…baiklah dgr cakap mak ayah kan dh bhgia sekarang ni kan…
zaman kita dulu berbeza ngan zaman sekarang. zaman sekarang ni, merajuk sket je, lari rumah. btw bro, perenggan ke-2 terakhir tu, hang nak cakap hisap dadah ke atau hisap dada? confius jap aku.
Hisap dadah yang sepatutnya. Tertaip hisap dada, ikut slang Samy Vellu la pulak kan. Haha
Zaman remaja bunda dulu pun memang takut sangat bab couple2 ni…sebab bapak bunda tu memang strict jugak orangnya…
Nak sebut nama lelaki pun tak berani…apa lagi nak ada teman lelaki…
Bapak bunda pun dulu askar jugak…
Pergh.. Ketat jugak peraturan mak tu. Mau takut nak ada marka. Haha
Peraturan ibu bapa adalah sbb dia org sayangkan kita.. tak mahu kita jadi bukan2 spt yg merka telah alami darp pengalaman anak2 org lain mungkin… klu skrng makin susah klu buat peraturan mcm tu kat budak2 skrng. Mmg memberontak habis jadinya.. mungkin budak2 skrng terlalu bnyk makan cadbury kot… wallahualam..
hehe kalau takde marka jadi kahwin tu family aturkan la ye…hehehe sibuk nak tau sampai habis cerita………. apa dia typo hisap dada tu ! hahaha
😀 Lama tak dengar perkataan Marka nie… hik3x..
agak strict la mak bro tu.. mak saya rasanya tak de la strict sangat.. entahla… sbb dia x pernah nk tanya pun.. dan saya pun x pernah ada marka.. stakat ada kawan perempuan mai ramai2 melawat kat rumah dulu ader la.. tu pun dia x kisah..
biasalah zaman sekolah..mak ayah takut anak-anak dok ralit bercinta sampai lupa nak ngaji
ngaji = belajar. hehehe.
of course like your web site however you have to
check the spelling on quite a few of your posts. Several of them
are rife with spelling issues and I in finding it very bothersome to tell the truth
however I’ll definitely come back again.