Selepas menjenamakan Facebook sebagai Meta, Mark Zuckerberg sekali hadir dengan terma baharu untuk organisasinya. Kali ini, Ketua Pegawai Eksekutif Meta berkenaan mahukan para pekerjanya dikenali sebagai ‘Metamates’.

Selasa lalu, wartawan kanan portal The Verge, Alex Health melalui hantaran di Twitter berkongsikan mengenai perkara ini. Menerusinya, Mark Zuckerberg dilaporkan telah berkongsikan nilai-nilai organisasi yang telah dimurnikan semula.

Selain perubahan tersebut, pengasas Facebook berkenaan juga menyatakan setiap ‘Metamates’ perlu saling menghormati dan melihat ke masa depan.

Beliau juga menggunakan ungkapan penarik iaitu “Meta, Metamates, me” bagi mengetengahkan kepentingan nilai Meta. Para pekerja Meta juga digesa mengutamakan kesejahteraan keseluruhan tanpa menjejaskan mana-mana pihak.

Menurut Gizmodo, terma ‘Metamates’ ini mirip dengan suplemen kesihatan popular di Amerika Syarikat berjenama Metamucil. Suplemen tersebut digunakan sebagai rawatan masalah usus seperti sembelit.

Bagaimanapun, Mark Zuckerberg tidak mahu menumpukan soal asal usul terma tersebut. Sebaliknya beliau inginkan seluruh warga kerjanya menumpukan pelan jangka panjangnya dalam membawakan nilai-nilai Meta di masa hadapan.

Tinggalkan komentar