Kekayaan peribadi Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Meta Mark Zuckerberg telah berkurangan sebanyak $71 billion (~RM312 billion) untuk tahun 2022 sahaja, menurut Bloomberg. Sungguhpun Wall Street sedang berdepan detik-detik sukar pada tahun ini, kejatuhan kekayaan Mark Zuckerberg merupakan yang paling ketara di kalangan para jutawan-jutawan dunia.
Mark Zuckerberg bagaimanapun masih lagi mempunyai kekayaan keseluruhan bernilai $54 billion (~RM237 billion) dan kini berada ke kedudukan ke-20 manusia terkaya dunia. Jauh beza dengan kedudukannya pada Januari 2022 yang berada di tangga ke-4.
Ramai nama-nama besar jutawan teknologi dunia kini mengalami pengurangan nilai kekayaan sejak awal 2022. Jeff Bezos, Larry Page, Sergey Bring, Steven Ballmer, Bill Gates, Larry Ellison, dan Elon Musk semuanya mengalami kemerosotan nilai kekayaan peribadi berbillion dollar untuk tahun ini sahaja.
Hal ini disebabkan oleh pasaran saham teknologi yang menjunam pada tahun ini. Meta pula mencatatkan penurunan nilai yang paling mendadak di kalangan saham-saham teknologi. Buat pertama kali sejak diperkenalkan, Meta menyaksikan kemerosotan nilai keuntungan pada suku kedua 2022.
It's genuinely puzzling that Meta spent more than $10 billion on VR last year and the graphics in its flagship app still look worse than a 2008 Wii game. https://t.co/IOwqsrrfKj
— Kevin Roose (@kevinroose) August 16, 2022
Sesetengah pihak berpandangan kejatuhan nilai Meta ini turut disumbangkan oleh projek metamesta (metaverse) yang kurang menerima sambutan dari kalangan pengguna.













