·  “Hunter’s Arena” baharu akan dibangunkan sebagai Permainan Web3.0 bersama Immutable X

SEOUL, Korea Selatan, 21 Oktober 2022 /PRNewswire/ — Mantisco, pembangun dan penerbit permainan Web3 yang berpangkalan di Seoul, Korea, hari ini mengumumkan satu perkongsian dengan Immutable X, platform tempaan dan dagangan NFT yang utama dalam industri dan penyelesaian penskalaan-pantas Lapisan 2 yang pertama di dunia pada Ethereum untuk membangunkan permainan Web3, yang dikenali sebagai “Hunter’s Arena: Rebirth”.

Mantisco jalin kerjasama dengan Immutable X untuk Inisiatif Permainan Web3

Dengan permainan Web3 yang semakin meningkat dengan pesat, Mantisco membangunkan versi Web3 Hunter’s Arena secara dalaman. Mantisco bermatlamat untuk menyediakan ekosistem permainan yang bukan sahaja membolehkan pengguna menikmati pengalaman dalam permainan yang dikuasakan oleh pemilikan sebenar aset-aset digital termasuk watak permainan, penampilan (skin), senjata dan item-item lain, tetapi juga membantu pengguna merasai keseronokan dengan memperbaharui sistem tempur, meningkatkan pengalaman pengguna sekali gus mengekalkan cara bermain dalam-permainan yang bergerak pantas dan imersif. Mantisco memfokuskan untuk “menyampaikan permainan yang menetapkan standard permainan blok rantai yang mampan dan menyatukan pemain daripada semua latar belakang, lalu memberikan penglibatan yang aktif kepada pengguna dengan ganjaran yang tinggi.”

Mantisco membayangkan “untuk memberi faktor-faktor keterujaan dan keseronokan kepada komuniti mereka melalui pertempuran bergaya yang padat dengan aksi, senario dalam-permainan yang menarik dan pelbagai peluang untuk pengguna meningkatkan kemahiran mereka, bersaing antara satu sama lain dan dalam masa yang sama menikmati pemilikan aset-aset dalam-permainan yang sebenar.”

David Yoon, Ketua Pegawai Eksekutif Mantisco berkata, “Selaras dengan kepakaran Immutable dalam mempercepatkan penerimaan permainan web3 secara besar-besaran, kini kami memacu pembangunan permainan yang serba baharu termasuk ‘Hunters Arena: Rebirth” dan permainan bertaraf-AAA lain yang dibina dengan Unreal 5. Kami memfokuskan kepada motivasi pemain, keseronokan dan permainan transaksi yang terjamin. Perkongsian kami dengan Immutable X akan menjadi amat penting untuk kami bagi membawakan visi permainan kami menjadi kenyataan.”

Mantisco membangunkan dan menerbitkan permainan bertaraf-AAA yang dikenali sebagai “Hunter’s Arena: Legend” pada Steam, PS4 dan PS tahun lalu. “Hunter’s Arena: Legend” merupakan permainan Korea pertama yang dilancarkan baik pada PS4 mahupun PS5 dan mencatatkan 12 juta muat turun di seluruh dunia.

Immutable memajukan generasi permainan web3 yang seterusnya melalui ImmutableX, platform tempaan dan dagangan NFT yang utama dalam industri dan penyelesaian penskalaan pantas Lapisan 2 yang pertama di dunia pada Ethereum. Hari ini ImmutableX, memanfaatkan teknologi roll-up ZK daripada Starkware, berkembang menjadi platform yang utama untuk menempa, memperdagangkan dan menskalakan permainan web3 serta projek-proek NFT pada Ethereum, seterusnya menawarkan kepada pembina dan penginovasi dengan penyelesaian bebas karbon, tanpa bayaran gas, dengan kelajuan, kebolehskalaan, sekuriti dan kecairan tanpa had.

“Hunter’s Arena: Rebirth” dijadualkan untuk dilancarkan dalam tahun 2023.

SOURCE Mantisco

Tinggalkan komentar