Boleh tak korang hidup di Lembah Klang dengan belanja harian korang cuma RM10?
Kecoh jugak benda ni bila diorang share dan bahas kat dalam Facebook.
Menguruskan belanja secara berhemat untuk hidup di Lembah Klang, kini kian menjadi sukar. Harga barang semuanya meningkat dan tak pernah turun-turun. Manakala gaji kita pulak, takat duduk paras tu jugak. Ada yang kata RM10 tu cukup je untuk survive dan ada jugak yang kata RM10 tu, tak cukup. Bagi golongan yang bergaji rendah seperti aku, belanja aku tiap-tiap hari jarang sekali cecah hingga ke paras RM10.
Mengambil kira kos perjalanan ulang-alik aku ke tempat kerja yang tak sampai 10 km, kos tuang minyak pada motosikal aku hanyalah RM6.00, full tank, cukup-cukup menampung perjalanan sepanjang minggu hari aku bekerja. Jadi, kos minyak moto aku dalam sehari hanya sekitar RM1.20.
Untuk makan pula, jika aku dapat keluar awal, aku sempat membeli nasi lemak bungkus tepi jalan pada harga RM1.50. Kalau tak sempat, aku terus makan tengahari nasik lauk ayam dengan kuah campur-campur pada harga RM4 di kafetaria. Biasanya, kalau aku dah beli nasi lemak, aku tak turun makan tengahari. Minum pulak, aku tak order air minum. Nak jimat punya pasal, aku minum kat water cooler ofis je. Nasib-nasib je la kalau ada orang nak payung aku teh tarik hari tu.
Secara keseluruhannya, jumlah perbelanjaan harian aku untuk keluar bekerja adalah diantara RM2.70 hingga RM5.20 setiap hari.
Walaupun dapat survive, bagi jangka masa panjang, cara penjimatan yang dibuat aku ini boleh mendatangkan mudarat.
Belanja aku banyak dihabiskan untuk keperluan anak-anak dan isteri aku. Aku tak peduli pun tentang survivability aku ni. Survivability anak-anak dan isteri adalah keutamaan aku.















betus bro..sebabgai seorang bapa tanggungjawab pada zaman sekarang cukup susah..kekadang biar kita tak cukup makan asalkan kebajikkan anak bini terjaga.dan RM10 sehari untuk hidup di kota nie memang tak cukup keran ia bukan tertakluk pada makan minum sahaja.banyak kos lain yang perlu ditanggung oleh orang yang hidup di kota ini…
Regards,
-Strider-
Dulu sy pernah cuba mcm tu.. sy breakfast lebih kurang jam 11, tp makan tengahhari terus.. malam pekena roti canai 2 keping.. tp lama2 mmg merana badan. Skrng dah berkeluarga sedih pulak bila terfikir klu anak2 kita kena hidup mcm tu pulak nnti.. Allah…
termenung panjang
sangat panjang………….
tahniah kerana berjaya untuk berjimat cermat
apa pun kesihatan mesti diutamakan
bagusss.. saya biasa limit kan RM 7 sehari..
Belanja RM10 sehari? Kalau saya sedang berkunjung ke Malaysia, 10 ringgit habis hanya untuk 1 kali makan siang =p~
sy banting-wangsa maju naik wira rm25, tol pegi balik rm2.60, makan rm5 utk lunch, makan pagi bawak nekal.sedih kan. hahaha
setiap hari adik aiza berulang alik ke tempat kerjanya di KL dengan kereta viva.. sebelum kenaikan harga minyak dulu isi RM50 cukup untuk seminggu.. tapi sekarang isi 60 pun belum tentu cukup.. makan sehari RM10 tu tak cukup..
Assalammualaikum…
apa aje yg boleh kita buat dengan RM 10 , kalu mselim3 isi minyak pun x lepas…hehehe.. sabar aje lah hidup di bandar nie kan…
mselim3
betul tu RM 10 makin kecik nilainya… Untuk minyak motor sekali isi untuk 2 hari pun RM 7.00. Kalu wife aku kalau bagi RM 10 blhla beli 10 biji nasi lemak biasa for 10 hari… Bab makan mmg dia kurang… Lunch hour pun tak kuar makan.. P blik kerja aku jemput… so xde add on cost mmg cukupla bg belanja RM 10.00. Tapi bab shopping wife mmg tak boleh blah.. Kalu bg RM 10 dia buat tak layan jer..
agak susah nak survive dgn rm10 sehari. kalo bujang, insyaAllah boleh. tp bila dah berkeluarga, mesti agak sukar.
parking sejam pertama rm3. sejam kedua rm3. huhu.
Dgn keadaan saya yg mempunyai metabolism yg tinggi, memerlukan saya utk mkn sekerap mungkin & makan dgn kuantiti yg byk walaupun x kenyang. Senang crite makan byk tp badan x naik2. So kalau sy cuba praktis method RM10 tuh confirm sy akan kerding & kurang nutrisi. Sy dh pernah try berjimat dulu tp agak memudaratkan kesihatan sy. Inilah mslh saya dgn gaji kecik & nk berjimat duit utk saving sgt mencabar
Sy bekerja selama 2 tahun dan kini.menganggur tapi cuma mampu saving 20ribu sj. Hidup makin mencabar dan gaji semakin kecik tidak 0adan dengan kos sara hidup. Duit 20k tu pun tak cukup nak hidup selama 3tahun pun kalau diikutkan dengan situasi semasa malaysia yg semakin tenat.