Malaysia diletakkan di bawah kedudukan Singapura menurut satu kajian berkenaan kebebasan internet, Freedom on the Net 2015 yang dijalankan oleh NGO berpangkalan di Amerika Syarikat, Freedom House yang diterbitkan pada minggu ini.

Menurut Freedom on the Net 2015, Malaysia telah mencatatkan markah 43 dari 100, yang mana 100 merupakan markah kebebasan terburuk berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh badan bukan kerajaan berkenaan.

Markah Malaysia sedikit merosot pada tahun ini berbanding tahun 2014 dahulu yang mencatatkan 42. Singapura pula pada tahun ini mencatatkan sedikit peningkatan dan lebih baik sedikit dari Malaysia dengan mencatatkan markah 41.

Online content is not restricted in general, but the government is known to have blocked sites perceived as critical (Kandungan atas talian tidak disekat secara keseluruhannya, tetapi pihak kerajaan telah diketahui menyekat laman-laman tertentu yang dianggap sebagai kritikal),” menurut salah satu kenyataan laporan Freedom on the Net berkenaan Malaysia.

While the digital news media has established a stake in the information market, some news sites have been excluded from government press conferences during the coverage period, at a time when online journalists are also being targeted for rights violations,” tambah laporan berkenaan lagi.

Walaupun internet di Malaysia secara keseluruhannya boleh diakses, kelajuan purata secara perbandingannya amat perlahan menurut laporan berkenaan. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Ookla pada bulan Mei 2014, purata kelajuan internet jalur lebar di Malaysia adalah lebih lembab dari Kemboja dan Malaysia cuma laju sikit dari Myanmar.

Kajian kelajuan internet yang dijalankan dari Mei 2013 sehingga April 2014 tersebut meletakkan Malaysia di tangga 126 dari 192 buah negara yang dikaji selidik dengan purata kelajuan sekitar 5.48 Mbps.

Sumber berita diperoleh dari Freedom House

2 KOMEN

  1. Markah lulus berapa la ye? Padan la dengan akses penduduk dengan kelajuan kita. Walaupun masih di tahap rendah, kita ada banyak improvement berbanding 10 tahun dulu, mungkin lebih 10 tahun akan datang kita akan dapat perbaiki ranking.

Tinggalkan komentar