Dua lagi projek pusat data sedang di dalam perancangan di Malaysia, menurut laporan oleh The Edge Malaysia. Sunway Construction Group Bhd (SunCon) telah berjaya mendapatkan kontrak daripada sebuah syarikat teknologi berpangkalan di AS dengan nilai keseluruhan berjumlah RM1.16 billion.

Projek tersebut dirancang untuk dimulakan secepat mungkin dengan kedua-duanya dijadualkan untuk disiapkan menjelang Februari 2027. Lokasi untuk fasiliti tersebut bagaimanapun tidak didedahkan.

Perkembangan ini menambahkan lagi bilangan projek-projek pusat data yang sedang berjalan di Malaysia termasuk melibatkan dengan gergasi teknologi global seperti Amazon dan Google.

Tinggalkan komentar