Masa menunggu masuknya waktu solat Subuh sesudah habis bersahur aku habiskan dengan permainan komputer yang agak baru Sim City 2013. Permainan perancangan bandar sebegini memang aku minati sejak aku mula kenali melalui versi Sim City 3000 pada tahun 1999 dahulu.
Electronic Arts
Permainan jenis ini bukanlah sekadar untuk mengisi lapang sahaja. Ianya kadangkala memerlukan kita memerah otak untuk merungkai cara kepermainannya. Malah, dari permainan inilah aku mula memahami teori hierarki keperluan Maslow.
Berdasarkan teori ini, Abraham Maslow menjelaskan terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat bawah dengan keperluan di peringkat tinggi. Antaranya :
  • Keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita dan kewujudannya secara beransur – ansur. Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu ianya lebih istimewa kepada individu tersebut.
  • Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir di dunia.
  • Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa. Manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur.
  • Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang mendalam kepada diri individu tersebut, seperti gembira. Keperluan di peringkat tertinggi (keperluan kesempurnaan kendiri) dianggap sebagai keperluan pertumbuhan.
  • Keperluan – keperluan di peringkat rendah, adalah keperluan yang semestinya dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.
Jika diperhatikan keadaan sekeliling aku, psikologi kebanyakan manusia Bani Melayu pada penghujung Ramadhan akan bergerak ke arah berlawanan dari yang sepatutnya mengutamakan keperluan kepada mengutamakan kehendak. Jadi, tak hairanlah jika pada dekat-dekat Raya nanti ada sesetengah keluarga yang sanggup membuat hutang demi membuat persiapan menyambut Raya. Padahal, sama ada kau pakai baju raya cantik ke tidak, atau langsung tak beli baju Raya sekalipun, Hari Raya tetap tiba.


12 KOMEN

Tinggalkan komentar