Maxis telah mendedahkan bahawa pihak syarikat telco berkenaan akan menyediakan pemancar LTE Advanced di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang. Ketika ini, Maxis dan DiGi kini sedang berlumba-lumba meluaskan rangkaian 4G LTE mereka ke lebih banyak lokasi di seluruh Malaysia.

Antara lokasi-lokasi yang bakal menerima rangkaian 4G LTE Advanced adalah The Gardens Mall, Bangsar, Hartamas, Kota Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr. Ismail, Damansara Utama, SS2 Petaling Jaya, Bandar Sunway, Sunway Pyramid, Puchong, dan Cyberjaya.

Melalui rangkaian ini, para pengguna Maxis mampu melayari internet pada kelajuan maksima 225 Mbps. Kelajuan ini merupakan hampir dua kali ganda kelajuan maksimum yang ditawarkan buat masa ini pada 75 Mbps.

Bagi anda pelanggan Maxis yang tinggal di kawasan-kawasan yang terlibat dan memiliki kad SIM 4G serta telefon pintar yang menyokong sambungan 4G LTE Advanced, anda bolehlah mencuba sendiri untuk melihat sejauh mana tahap keberkesanan teknologi terbaru yang ditawarkan oleh pihak Maxis ini.

Sumber berita diperoleh dari Lowyat

Tinggalkan komentar