Selepas menjalankan ujian terhad di Amerika Syarikat dan di beberapa tempat lain, Google Maps kini sedang melancarkan petunjuk lokasi had laju dan kamera perangkap had laju di lebih dari 40 buah negara. Ciri-ciri tersebut ‘dipinjamkan’ dari aplikasi Waze yang kini dimiliki Google dan akan muncul di dalam aplikasi Google Maps iOS dan Android.

Petunjuk had kelajuan akan tertera di sudut bawah paparan aplikasi, manakala petunjuk kamera perangkap halaju akan ditunjukkan pada di mana lokasi kamera tersebut ditempatkan.

Fungsi ini boleh didapati negara-negara seperti berikut:

  • Australia
  • Brazil
  • Amerika Syarikat
  • Kanada
  • UK
  • India
  • Mexico
  • Rusia
  • Jepun
  • Andorra
  • Bosnia & Herzegovina
  • Bulgaria
  • Croatia
  • Republik Czech
  • Estonia
  • Finland
  • Greece
  • Hungary
  • Iceland
  • Israel
  • Itali
  • Jordan
  • Kuwait
  • Latvia
  • Lithuania
  • Malta
  • Maghribi
  • Namibia
  • Belanda
  • Norway
  • Oman
  • Poland
  • Portugal
  • Qatar
  • Romania
  • Arab Saudi
  • Serbia
  • Slovakia
  • Afrika Selatan
  • Sepanyol
  • Sweden
  • Tunisia
  • Zimbabwe

Bagaimanapun, Malaysia tidak tersenarai di dalam senarai negara-negara yang ditawarkan fungsi berkenaan setakat ini.

Sungguhpun pengguna iOS dan Android boleh mendapat manfaat daripada ciri-ciri baru, hanya pengguna Android sahaja yang boleh melaporkan lokasi kamera perangkap had laju ke aplikasi berkenaan buat masa ini.

Menurut laman TechCrunch, Google meminjam ciri-ciri ini dari Waze dengan menggunakan sumber rasmi dan maklum balas pemandu. Walau bagaimanapun, Waze menawarkan lebih fungsi seperti amaran tentang kemalangan, amaran kawasan pembaikan jalan, dan bahaya-bahaya lain.

Google Maps digunakan secara meluas walaupun menjadi aplikasi navigasi yang ditawarkan adalah agak ringkas. Oleh yang demikian, penambahan fungsi petunjuk had kelajuan dan lokasi kamera perangkap had laju adalah perubahan besar yang dinanti-nantikan.

Sumber berita diperoleh dari TechCrunch

Tinggalkan komentar