Di saat paparan dengan kualiti 4K dan HDR semakin meluas digunakan di dalam arus perdana, LG Displays mengorak langkah lebih jauh ke hadapan dengan penghasilan 8K untuk paparan OLED.

Menjelang acara CES yang akan berlangsung, pengeluar peralatan elektronik dari Korea Selatan ini akan mempamerkan skrin paparan OLED bersaiz 88 inci dengan kualiti 8K untuk tatapan pengunjung pameran berkenaan.

Sebelum ini skrin OLED paling besar yang pernah dihasilkan bersaiz 77 inci. Itupun dengan kualiti paparan 4K. Skrin sebesar ini ditawarkan oleh pengeluar-pengeluar seperti Sony, Panasonic dan LG Electronics sendiri. Namun, untuk mendapatkan panel skrin OLED yang besar-besar, kebanyakan pengeluar mendapatkannya dari LG Displays.

Pesaing utama LG, Samsung telah lama meninggalkan pembangunan OLED bagi menumpukan teknologi TV QLED, menjadikan LG Displays satu-satunya pengeluar yang menghasilkan skrin OLED bersaiz besar di dunia.

Sumber berita diperoleh dari T3

Tinggalkan komentar