Sudahkan anda menemukan ‘jodoh’ yang serasi? Sama ada secangkir kopi yang padu atau cinta sejati, kita seringkali berusaha mendapatkan keserasian yang sepadan.

Bagaimanapun, untuk mendapatkan peranti yang serasi bagi melancarkan aliran kerja, anda tidak perlu pergi jauh kerana Samsung Galaxy Z Fold2 memberikan apa yang anda mahu. Melalui sokongan Multi-Active Window dan Multi-Window Tray, Galaxy Z Fold2 boleh menjadi jodoh anda dengan beberapa leretan mudah.

Kerja banyak, masa sikit

Kehidupan seharian kita hari ini kian mendesak atau pelbagai tuntutan hidup terutamanya kerjaya dan juga tanggungjawab selaku anggota masyarakat. Kadangkala kita tidak menang tangan untuk menguruskannya apabila ia datang bertubi-tubi.

Melalui fungsi Multi-Active Window di dalam Galaxy Z Fold2, ia diharapkan mampu membantu anda menyelesaikan berbilang tugasan anda dalam satu-satu masa.

Fungsi ini membantu anda menyesuaikan tata susunan skrin mengikut kesesuaian anda serta membuka pelbagai fail dan aplikasi berbeza secara serentak. Contohnya, anda boleh melakukan panggilan video sambil menguruskan emel-emel yang masuk serta membaca maklumat-maklumat berkaitan kerja. Seterusnya, membolehkan anda menyiapkan kerja dengan segera dan memberikan anda masa yang lebih untuk berehat.

Simpankan kegemaran anda

Masih lagi mengenai masa yang dapat dijimatkan ketika menyiapkan tugasan, tata susunan Multi-Active Window ini boleh disimpan melalui sokongan fungsi Multi Windows Tray.

Untuk mewujudkan preset untuk Multi-Active Window, anda boleh menggunakan App Pair untuk membuka aplikasi yang anda kerap gunakan secara serentak. Anda boleh menyimpan pelbagai kombinasi aplikasi yang dibuka secara serentak, misalnya menggabungkan aplikasi Google Maps dengan aplikasi penstriman muzik anda seperti Spotify atau JOOX.

Anda juga boleh menyesuaikan gabungan aplikasi-aplikasi yang dibuka serentak di dalam Galaxy Z Fold2 ini mengikut citarasa anda.

Berkongsi kini lebih mudah

Berkongsikan kandungan antara aplikasi kini lebih mudah dengan fungsi Drag and Drop (heret dan letak) pada Galaxy Z Fold2. Anda tidak perlu lagi menghantar fail satu-persatu secara manual dan sebaliknya dengan cara yang lebih mudah dengan Drag and Drop.

Oleh itu, anda boleh memanfaatkan segala apa yang ditawarkan di dalam Galaxy Z Fold2 bagi melancarkan segala urusan tugasan harian anda setiap hari.

Maklumat lanjut mengenai Galaxy Z Fold2 di https://news.samsung.com/my/ dan https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-fold2/

Artikel ini dibawakan oleh Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar