Lenovo merancang untuk melancarkan laptop gaming terbaiknya setakat ini, Legion Y920 untuk pasaran Malaysia pada minggu hadapan. Menurut sumber yang dipetik dari portal Amanz.my, harga pasaran bagi laptop gaming ini ditetapkan pada RM12,999, bersama-sama aksesori dan peripheral tambahan yang lain.
Oleh kerana laptop ini merupakan laptop gaming flagship Lenovo, ia dilengkapi dengan kuasa pemprosesan Intel Core i7-7820HK, RAM 16GB, SSD 256GB, dan HDD 1TB. Kuasa pemprosesan grafik laptop ini dilengkapkan oleh Nvidia GeForce GTX 1070 dengan VRAM 8GB. Patutnya dengan harga macam ni, Lenovo kena letakkan GPU yang lebih power lagi.
Selain dari itu, pembelian Lenovo Legion Y920 ini turut didatangkan bersama Tetikus Berkejituan Tinggi Y Gaming, Set Kepala Y Gaming, Beg Galas Berperisai Y Gaming, dan pad tetikus Y Gaming. Kesemua cenderahati percuma ini bernilai RM1,000.
Sumber berita diperoleh dari KL Gadget Guy













