Bersempena cuti sekolah pertengahan tahun, dua ekor panda buatan China Feng Yi dan Fun Wa telah mengadakan lawatan kerja selama sehari ke Kampung Pandan. Lawatan yang bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim antara manusia dan beruang panda ini telah diserikan dengan sambutan bunga manggar dan persembahan pencak silat pulut dari Persatuan Seni Silat Cekak Pinggang daerah Batang Padang.
Menurut Pengerusi Jawatan Kuasa Majlis Sambutan Panda merangkap Ahli JKKKKKKKKKK, Encik Sylarius Khan Yusof Naina Mourinchan, sambutan ini telah melalui persiapan selama lebih dari satu bulan. Lokasi latihan persiapan sambutan lawatan panda ini diadakan di Bukit Fraser, Pahang.
”Pemilihan Bukit Fraser dibuat untuk memberikan pengalaman cuaca seperti di China kepada seluruh warga jawatankuasa sambutan supaya kelak dapat memahami akan kehendak tetamu kami. Gambaran ini penting kerana tidak mahu timbul sebarang cacat cela sewaktu ketibaan Yang Berhormat Feng Yi dan Datin Seri Fun Wa” ujar Encik Sylarius Khan Yusof Naina Mourinchan.
Majlis sambutan berjalan lancar dengan lawatan mengelilingi Kampung Pandan melalui jalan-jalan tar yang baharu sahaja diturap seminggu lepas. Majlis makan tengahari tidak dapat diteruskan kerana menu hidangan tidak bersesuai dengan diet Yang Berhormat Feng Yi dan Datin Seri Fun Wa atas faktor mereka adalah haiwan herbivore.
Pada masa yang sama, Yang Berhormat Feng Yi turut memuji persekitaran Kampung Pandan yang pada pandangan beliau saling tak tumpah seperti di Jakarta.


12 KOMEN

  1. uikkk..fokus tau niesa baca entry ni…ptt la macam kenal je jkkkkkkk tu..hahaha..agak2 bila panda2 ni nk dtg srwk pulak?kata nk jimat kos supaya org malaysia xyah klua negara..hahaha

Tinggalkan komentar