Utama Mobile Aplikasi Langganan kendiri HBO GO kini di Malaysia untuk RM34.90 sebulan

Langganan kendiri HBO GO kini di Malaysia untuk RM34.90 sebulan

2711
0

HBO Asia telah mula menawarkan pilihan langganan kendiri perkhidmatan penstriman HBO GO di Malaysia. Sebelum ini HBO GO hanya boleh didapati sebagai penambahan untuk pelanggan Astro yang melanggan Movie Pack.

Pada harga RM34.90 sebulan, HBO GO menyediakan akses on-demand ke kandungan eksklusif HBO dan HBO Asia bersama-sama pelbagai filem, siri televisyen dan dokumentari.

Pelanggan HBO GO juga boleh mengakses ke enam saluran televisyen di bawah jenama HBO seperti HBO, HBO Hits, HBO Family, HBO Signature, Red by HBO dan Cinemax.

Sarikata pilihan pelbagai jenis bahasa juga disediakan bergantung pada jenis kandungan. Serta pelanggan juga boleh memuat turun kandungan untuk dinikmati secara offline. Setiap pelanggan boleh membuat penstriman kandungan HBO GO pada dua skrin serentak. Di samping itu, sebanyak lima peranti boleh didaftarkan untuk satu-satu akaun.

Bayaran langganan bulanan akan dikenakan secara terus ke akaun iTunes dan Google Play. Selain itu, anda juga boleh melanggan melalui Saluran 200 di Astro.

Sebelum itu, anda perlu menyahpasang aplikasi HBO GO MY terlebih dahulu jika ianya sudah berada pada peranti anda. Langganan kendiri ini hanya boleh dibuat dengan versi terkini HBO GO yang kini boleh didapati di Play Store dan App Store.

Kehadiran pilihan langganan kendiri HBO GO ini merupakan satu perkembangan yang menarik dalam pasaran kandungan penstriman di Malaysia yang kian kompetitif. Buat masa ini perkhidmatan seperti Netflix, iFlix, Viu, Dimsum, Tonton dan sebagainya sedang giat menambat hati penonton tempatan.

Itu belum dicampur dengan gergasi perkhidmatan penstriman popular lain seperti Disney+ dan Hulu. Buat masa ini, perkhidmatan berkenaan masih lagi belum memasuki pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.