Jika anda sedang menghadapi masalah untuk mengakses akaun dalam talian Maybank anda melalui laman web dan aplikasi mudah alihnya, anda tidak keseorangan.

Maybank telah mengesahkan aplikasi Maybank, MAE, M2U dan laman webnya kini sedang mengalami masalah gangguan perkhidmatan.

Anda masih lagi boleh memasukkan ID pengguna anda pada laman web Maybank2u. Tetapi selepas anda memasukkan kata laluan, mesej “Service is currently unavailable” akan dipaparkan.

Manakala pada aplikasi MAE pula, hanya logo animas berhuruf M sahaja yang berputar pada paparannya. Ia seterusnya akan diikuti dengan satu mesej yang akan memaparkan “Something is wrong”.

Menurut kenyataan Maybank di Twitter, pihaknya kini sedang giat menjalankan usaha pembaikan.

Tinggalkan komentar