Kembali semula ke Paloh setelah menghabiskan cuti materniti selama dua minggu di Kuala Lumpur. Perjalanan dari Kuala Lumpur tadi menggunakan motokar nasional yang dibeli secara hutang. Berdasarkan kata-kata tokoh negarawan ‘ulung’ yang dah pencen tu, membeli motokar nasional adalah satu ibadah. Ibadah ikut celah mana, itu gua tak pasti.

Semasa gua tiba di tol Yong Peng, sinar suria sudahpun melabuhkan tirainya dan sinar tiang lampu jalan menerangi sisi pekan Yong Peng menggantikan sinar sang suria. Namun, sinaran tiang lampu jalan tidak berkekalan di jalan Yong Peng – Paloh. Suasana jalan gelap gelita. Hanya estet-estet yang memenuhi pemandangan sepanjang jalan dan diselang seli rumah orang sebuah dua.

Ditambah pula dengan keadaan jalan berliku-liku seperti ular dipalu, membuatkan perjalanan dari Yong Peng ke Paloh seperti perlumbaan rali.

Tinggalkan komentar