– Pengumuman Penyenaraian Token CVTX Keluaran Sendiri
SEOUL, Korea Selatan, 17 November 2022 /PRNewswire/ — “Bersama-sama! Keterujaan! Secara Bebas!” (“Together! Excitement! Freely!”) Permainan metaverse ‘CarrieVerse’ telah membuka komuniti rasminya dengan matlamat untuk mengukuhkan komunikasi bersama pengguna menjelang pelancarannya pada tahun hadapan. Bersempena dengan pembukaan komuniti ini, sebuah acara berskala besar akan diadakan dan dompet elektroniknya sendiri ‘Cling’ akan turut dilancarkan ke pasaran demi kemudahan para peserta acara.
Komuniti yang akan dibuka kali ini ialah Discord dan Telegram, yang mana ramai pengguna telah berhimpun sejak awal melalui penyertaan dan hebahan lisan sejumlah besar rakan-rakan pempengaruh domestik dan asing.
CarrieVerse turut melancarkan e-dompetnya sendiri, Cling. Cling, yang menekankan ‘kemudahan’ dan ‘kebolehskalaan’, merangkumi ciri-ciri hebat dan sekuriti melalui UI yang ringkas dan boleh dipasang melalui Google Play Store dan Apple App Store.
CarrieVerse akan turut mengadakan acara berskala besar bagi meraikan pembukaan komuniti dan pelancaran e-dompet Cling. Acara tersebut, diadakan melalui halaman acara GLEAM, akan menampilkan misi-misi seperti menyertai Telegram, Discord dan Twitter, jemputan rakan, pautan dompet, NFT khas yang dicipta oleh pengarah D.P Netflix, Kim Bo-young dan penerimaan token keluaran sendiri CVTX, yang dijadualkan untuk disenaraikan pada bursa global dalam bulan Januari melalui airdrop.
‘CarrieVerse’ ialah permainan metaverse yang akan diperkenalkan oleh CarrieVerse Co., Ltd. dalam bulan Januari dan akan mengandungi pelbagai kandungan seperti pendidikan, hiburan dan VOD selain daripada permainan. Dalam bulan September, syarikat ini menandatangani perjanjian perkongsian dengan penyelesaian penskalaan Ethereum, Polygon (MATIC) dan akan terus mengembangkan ekosistem blok rantainya melalui kolaborasi dengan Polygon.
‘Carrieverse’ merancang untuk melancarkan tanah NFT dan PFP sebelum dilancarkan dalam suku pertama tahun hadapan. CarrieVerse Co., Ltd. merancang satu pelancaran pasaran global yang mantap melalui pembukaan komuniti ini dan penyenaraian token keluaran sendiri CVTX dalam masa terdekat.
Acara Airdrop Gleam: https://gleam.io/Yncxz/carrieverse-giveaway
Discord Rasmi : https://discord.com/invite/gvQpc6hcMz
Web Cling: http://clingon.io/
SOURCE CarrieVerse















